Tab Menu

Kawal Tulisan Anda

Jom Jadi Geng

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Hukum mengucapkan 'Selamat Deepavali"

Assalamualaikum  selamat sejahtera , salam 1 Malaysia di pagi hari ni  :")



Pagi-pagi ni memang sedap menaip uat entri baru , minda masih cerdas , otak pun cergas , mood ? okay slalu kalau waktu pagi . Tadi jalan-jalan kat facebook tetibe jumpe satu gambar berkaitan soal jawab ustaz Azhar Idrus erkaitan mengucapkan "Selamat Deepavali" kepada penganut agama hindu sempena hari raya mereka , hari ni . Berikut merupakan jawapan yang diberikan  :



dah terang penjelasannya ?



 ni 1 lagi 


Haky pon rasa kita tak patut sambut sekali perayaan mereka sebab perayaan mereka melibatkan "agama" . So tak wajarlah kita seagai penganut agama Islam menyambut sesuatu unsur agama lain .Lainlah kalau "Tahun baru Cina" sebab dia melibatkan "tradisi" setiap orang cina iaitu menyambut kalendar tahun mereka. betol tak ? kalau salah sila betulkan :') .Jadi kalau siapa-siapa kawan korang semua yang sambut perayaan ni just ucap "Taniah" !  ^^'''

Tuesday, October 25, 2011

Basahkan Lidahmu Dengan Zikir-NYA

Assalamualaikum ...


Pagi-pagi hening ni apakata kita semua basahkan lidah dengan zikir ? daripada tidur dan mendengar lagu , lebih baik tambah pahala dengan mengingati-NYA . Semoga rezeki kita bertambah dan diredhai oleh ALLAH .Aminn...










Mahukah kita bersedekah/berbuat amal kebajikan/berinfaq dgn harta kita ke jalan Allah sebanyak RM50 ribu sehari ? Sudah tentu kita tidak mampu bukan ? Mari kita amalkan membaca zikir ini setiap pagi :







 


“Tiada Tuhan selain Allah, Dia Sendiri-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya lah kerajaan dan pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.”


(Dibaca 100 kali setiap pagi)






p/s : 

  • semoga kita mendapat keerkatan dari amalan ini =') ~ ~
  • SUMBER (kalau nak penerangan lebih )

Friday, September 9, 2011

Musibah Mengajar Kita Erti Kehidupan .

Assalamualaikum dan salam berbicara ...



Musibah ? hmm hari ni ada tiga berita sedih yang haky dapat.

  • Pertama : Kawan lama sekolah rendah haky telah pergi buat selama-lamanya .Haky kenal dia sejak darjah satu lagi . Walaupun tak beberapa rapat sangat tapi kadang-kadang tu dia ada jugak kawan dengan haky.Sedih rasanya kehilangan seorang kawan walaupun biasa-biasa saja.Marilah kita sedekahkann Al-Fatihah kepadanya.Semoga rohnya dicucuri rahmat.
  • Kedua : Tengah hari tadi , abang haky telefon mak ngan ayah , moto yang mereka tunggang tiba-tiba eksiden sebab tayar pancit , soo moto goyang .Tangan abang haky ada terseliuh sikit. Alhamdulillah mujur tak teuk.Masuk ni dah dekat empat kali abang haky terbabit kemalangan .

  • Ketiga: Mak sedara haky , masuk wad masa pergi klinik tadi , dengar kata kena buat "operation" sebab ada sedikit masalah .Lagipun mak sedara haky tu ada kencing manis , soo mungkin bahaya.

Innalillah , setiap ujian dari ALLAH mempunyai HIKMAH -Nya tersendiri . 

Macam musibah pertama tadi ,ALLAH member kita pengajaran supaya lebih bersedia dengan amal ibadat kepada-Nya bila kita mati nanti sebab mati tak kira usia muda atau tua.Apabila sampai ajal seseorang tu , nak dicepatkan pon tak boleh apaah lagi dilambatkan . Sampai masa kita akan mati juga . Tapi cukup ke bekalan untuk dibawak ke sana ? renng-renungkan lah buat kita semua. Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman dan sempat bertaubat kepada-Nya .AMINN..

Musibah kedua pulak mengajar kia sepaya sentiasa berhati-hati dan menerima akdir-Nya dengan redho.Kita kalau nak jadi sesuatu benda kat mana-mana pon boleh berlaku . Dekat tempat yang anda rasa selamat  ? belum tentu menjamin keselamatan anda .Apabila kita ditimpa musibah tu hadapilah dengan hati yang redho.Kita sebagai umat islam wajib menyakini Qa'da & Qa'dar ALLAH s.w.t .usahalah sedaya mungkin dan jangan cepat berpututs asa. Kadang-kadang syaitan membisik "kalau macam tu tak payah la usaha apa-apa , takdir kan dah ada!" . Haky ada mebaca satu buku tajuknya "FANZURU" by Hilal Asyraff , pengalaman nya mengatakan bahawa "Kita berusaha kerana kita tidak mengetahui"

Akhir sekali musibah ketiga mendidik kita supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH yang tidak ternilai harganya untuk kita bayar kembali. Kesihatan yang ALLAH telah bagi merupakan nikmat yang tidak terperi untuk kita tapi malangnya segelintirnya tidak bersyukur dengan nikmat-Nya.Nauzubillah . Sepupu haky pernah tulis " Belajarlah bersyukur , anda akan merasa cukup."


Dari situ belajarlah erti KESABARAN yang mana meningkatkan lagi KEIMANAN kita kepada-NYA. Insyallah .
============================================================================

p/s :
  • Haky selalu amalkan ayat bismillahilazii (ayat diminta jauhkan bahaya) .percaya pada Allah &ayat tu  , Insyaallah sentiasa dilindungi- Nya.

Wednesday, September 7, 2011

Calon SPM , Selamat Berjaya .

Assalamualaikum & salam pertemuan .



Semalam bermulalah sudah Peperiksaan Percubaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , dan hari ni merupakan peperiksaan kertas Bahasa Melayu . Ok , kepada calon-calon SPM tahun ni tidak kiralah dimana anda berada ;'P haky doakan yang terbaik buat korang .Tengahhari tadi masa balik sekolah haky tanya sepupu haky nama dia adry :

"Mat , amacam periksa tadi ? senang ke ? "
"Boleh la , ada aku silap buat ,tertukar sikit ."
"What ! mat kenapa careless sangat ! percubaan ni penting tahu tak "(poyonya)
Dia diam tak terkata .
"habis macam mana ni ?"
"Entahla ,aku target A- jadilah ' ~~~

Hmmm tulah korang kena berhati-hati sikit masa jawab , baca doa tu paling penting .Doa tu kan senjata terkuat umat Islam. Ni haky 'copy&paste" tips2 untuk menghadapi peperiksaan :")


------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Tidur awal
  • Ini adalah tips klasik. Dulu kini dan selamanya. Masa zaman ibu saya bersekolah pun tipsnya adalah ‘tidur awal’ dan sewaktu saya bersekolah pun tipsnya masih ‘tidur awal’
  • Tidur awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.Badan kita akan mendapat rehat yang cukup untuk meneruskan fungsi dengan efisien. 
  • Jika anda kebiasaan tidur pada pukul 12:00 malam hingga 1:00 pagi,maka pada malam sebelum exam tidur awal dari kebiasaan selama dua atau tiga lebih awal. Janji atas katil dua tiga jam awal dari kebiasaan. OK?


2. Bangun awal
  • Mesti bangun awal punya. Hoho.. dah tidur awal semalam mesti bangun awal punya. Ye tak? Eh,tak juga..ada spesies yang tidur awal ke tidur lewat ke bangunnya tetap sama. Dekat-dekat tengah hari rembang tu baru nak bangun.
  • Kalau anda tergolong dalam kumpulan ini,set alarm sebanyak tiga kali tetapi jenis yang berbeza. Alarm hanset pukul 5 pagi,alarm jam loceng pukul 5.30. Alarm mak kesayangan pukul 6 pagi. Kalau tak bangun juga sah anda spesies malas bangun pagi.
  • Cuba bangun seawal mungkin pada pagi hari peperiksaan. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 raakat.Anda diggalakkan solat berjemaah . Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan.Ini tips untuk yang beragama Islam.

Tips tambahan-Baca surah Yaasin
  • Digalakkan anda membaca surah Yasin untuk setiap pagi tiap-tiap hari yang anda ambil exam selepas subuh. Tips ini saya lakukan dan alhamdullilah,ia menenangkan saya dan saya berasa mendapat pertolongan daripada Allah.
  • Surah Yaasin adalah ’surah yang memudahkan. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita.


3-Sarapan Pagi
  • Makan sarapan bersama-sama keluarga anda.Oit,kalau yang berada di asrama pula macam mana?
  • Pergi aje la bersarapan di Dewan Makan bersama rakan sebilik dan rakan yang lain. Yang penting makan! Kerana perut yang kosong akan membantutkan anda untuk memberi tumpuan ketika menjawab exam pada pagi itu.
  • Amaran keras!! Jangan la sarapan pagi tu korang pergi bantai tomyam,mee kari dan sup gear box pulak. Makan simple-simple sudah la. Dan satu lagi,elakkan makanan berminyak dan ambil sumber protein pada pagi itu yer.Sebab apa? Search sendiri di google,saya dah lupa.


4. Telefon ibu
  • Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu/bapa kita sebelum menduduki peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita.
  • Insyaallah,dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita.Telefon ibu bapa anda sebelum ambil exam.Sudah semestinya mereka berdoa untuk anda. Jika anda yatim piatu,tiada salahnya menelefon penjaga anda atau saudara terdekat.




5. Pergi ke tempat peperiksaan lebih awal
  • Pastikan diri kita tiba di tempat peperiksaan setidak-tidaknya 30 minit lebih awal dari masa peperiksaan bermula bagi mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat.
  • Jadi, sila pastikan diri kita untuk datang awal ke tempat peperiksaan untuk mengelakkan tertinggal kalkulator kad pengenalan.Kalau nak datang lambat pun boleh,tapi pastikan bawa semua barang selengkapnya.



6. Senyum dan Sapa
  • Kalau anda sampai awal di tempat peperiksaan, cubalah untuk bertegur sapa dengan calon-calon lain a.k.a kawan-kawan seperjuangan anda. 
  • Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan atau kerisauan kita pada peperiksaan bakal diduduki. Dengan menegur calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa lebih berkeyakinan.Mudah saja caranya, anda lontarkan senyuman, beri salam dan mulakan perbualan ringan seperti “dah ready ke belum”.



7. Kunyah gula-gula getah (chewing gum)
  • Ayat ini saya copy paste dari sebuah majalah:
  • “Memang menjadi amalan saya semasa menghadari mesyuarat, saya akan mengunyah chewing gum. Mengunyah chewing gum bukan saja dapat mengelakkan daripada mengantuk, malah dapat merangsang otak untuk terus berputar ligat. Mungkin tiada kajian yang membuktikan perkara ini, tapi ini adalah pengalaman sebenar saya. Saya berasa otak saya tepu kalau tak mengunyah chewing gum semasa meeting.
  • Jadi, sebelum peperiksaan, saya pasti akan membeli chewing gum dan meletakkan dalam poket. Dan sepanjang peperiksaan berjalan, mulut saya memang akan terkumat-kamit mengunyah chewing gum. Alhamdulillah, cara ini bukan saja membuatkan saya berasa segar, malah saya rasa otak saya lebih pick-up daripada biasa.”


8. Baca selawat kalau ada soalan yang sukar
  • Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, baca kembali soalan dan jawablah dengan sebaik mungkin.Insyaallah akan mencapai kejayaan .

p/s :
  • haky edit skit dari sumber asli , ambil yang penting je ,bagi senang korang baca.
  • Sumber . (time kasih)
  • Semoga berjaya semua calon-calon SPM 2011 .
  • Tahun depan Haky pulak calon SPM 2012!

Thursday, May 19, 2011

Saya Memang "Jeles" Dengan Awak ,, Tapi Saya Tetap Nak Jadi Diri Saya

Assalamualikum & have a nice day !
 


"urmmm ... saya "jeles" dengan awak ! sangat-sangat jeles ! nak tahu sebab apa ? sebab  "bla-bla-bla bla"...."


Kata-kata tu lah yang selalu kita sebut kalau kita cemburuu sangatt dengan seseorang tu . Kita rase geram je ,, kalau boleh kita nak duduk di tempat dia.Lebih teruk lagi kalau kita nak orang yang kita cemburui tu merana ! Selagi kita tengok kebahagian dia selagi tu kita tak tenteram ! Haa!!! tu bahaya tu ,pangkat PHD yang orang benci dan penyakit yang orang tak gemari --> PERASAAN HASAD DENGKI . Bila diri dikuasi nafsu dan bisikan , perkara remeh yang asalnya kita hanya "admirekan" si dia saja bertukar menjadi parah sehingga nak menghancurkan orang lain kerana kecemburuan melampau kita.

 wwoooowwwooowww,,, sedarlah sikit Sipulan oii! setiap manusia mempunyai kehebatan masing-masing ! awak tak yakin dengan kebolehan awak ? awak tak merasakan awak istimewa ? nampaknya awak pun tak yakin dengan kekuasaan Allah s.w.t .Awak dah jatuh berdosa tau ! Allah dah ciptakan manusia dengan Sebaik-baik kejadian & bakat masing2 cuma kita je yang belum mengetahuinya.Dari situ Awak Paksakan Diri ,, Jangan Manjakan Diri .Selagi awak nak cari diri awak Insyallah Allah akan tunjukan =') .

 Semoga saya cepat sembuh dari penyakit ni.Terima kasih bear n duck coz taking care saya..haha -->merepek<---

Begitulah sedikit "aksi" saya dengan diri saya sendiri =) . Haa awak kata saya pelik ? tak lah awak yang pelik .Berkomunikasi dengan diri sendiri lebih memberi impak.Ini mungkin cara saya,cara awak mungkin lebih baik.tujuan saya postkan entri nie pon untuk tatapan semua "espeacially" untuk diri saya sendiri.Memang kadang-kadang tu saya cemburu sangat dengan si dia ,,, tapi bila saya pikir panjang saya dapat penyelesaiannya.Bukan nak cakap bayak ... *BE YOURSELF ~


*err maksud saya yang baik-baik je la kalau still "jahat" tu bukan diri kita lagi :"3
*sekarang saya tak de jeles-jeles dah tau.....wekk
*saya bak sangat PHD ...PHD  yang btol lah..hahah
*p/s : sajew buat gimik layan diri sendiri , cipta kelainan dlam entri . kah kah kah X"D
*komen dan tegur jika ada kesilapan,,minta maap terlebih dulu ye .. =D

Monday, April 18, 2011

Sukarnya Melepaskan Cinta ❤

Assalamualikum & selamat hari cuti .

*maaf entri kali nie sedikit jiwang,saya rasa saya hampir jatuh cinta la.*hampir* k..haha*

--> Hmm...rasanya dah lama dr cinta junior tak update blog kan?huhh...sebok la skrang.tiap-tiap hari ade keje.Tapi kan fb sempat pulok -_-'' ..haha abaikan.Haaa! tgok entri kali nie?poyo kan? haha.sejak akhir-akhir nie hati saya sangat tersentuh ~_~ .Entah sebab apa ...awak sume nak tahu ape saya rasa? Ia tentang Cinta.huuu... saya hampir jatuh cinta semula bila teringatkan maksud saya perasaan suke kat seseorang tu bukannye berkapel ape.HUH!! *kapel* saye tak suka -_- . Tetibe kan satu hari nie saya asyik teringatkan si dia.sukarrr  sangattt..sukarr sangatt nak lupekan orang yang pernah kita cintai.Tapi kan bila dah lama tak jumpa denga dia hati nie rasa biasa.Tanpa kita sedar,die hilang dari hati kita.Konon-konon nya hati nie dah berkecai retak habis -_-'' .Pastu bila kita jumpa dia balik hati nie "automatik" bercantum balik.kikiki..huuuuhhh...


TAPI tu bukan persolan yang nak saya katakan. nie dia :     
      

--> Tetibe plak hari nie saya melawat "senior inspirasi saya" --> Doktor Cinta Punye Blog di (http://dirikudrcinta.blogspot.com/) di bawah tajuk  http://dirikudrcinta.blogspot.com/2011/04/maaf-awak-tak-mampu-cantumkan-hati-saya.html , hati saya tersentak seketika.Betul kata dr cinta hanya ALLAH yang layak mencamtumkan hati kita bukannya dengan manusia.Hati yang retak memang memedihkan.rasa macam ingin bersama dengan si dia(manusia) setiap masa.Tapi ingat!perbuatan itu adalah dilarang sama sekali kerana ada pihak ketiga yang akan terus menerus menghasut kita melakukan maksiat.Siapakah pihak ketiga tersebut? cinta tiga segi...Oh tidak...sudah semestinya syaitan laknatullah!!Benar!ALLAH  lah yang memberi cinta dan ALLAH lah yang mengambilnya semula.Apabila kita selalu dekat dengan ALLAH hati kita rasa sangat tenang,manis kian terasa dan apabila kita lupa ALLAH hati kita menjadi gelisah..resah.. walaupun kita mendapat cinta manusia.Cinta ALLAH adalah yang kekal abadi.Maaf awak..awak tak mampu camtumkan hati saya macam DIA. Baiklah sampai di situ sahaja entri kali ni.


--> DR CINTA senior..saya amik sikit entri dr..besh sangat :"> sama 2 menasihati yerk ^_^
-->Buat semua pembaca,doakan saya berjaya mendapat CINTA-NYA yg kekal abadi dan doakan juga        saya n kawan2 menang dalam pertandingan pantun 2011 *2 hari lagi.*
--> macam biasa kalau ada sebarang kesilapan saya minta maaf  bebanyak ya.post kan sahaja di chat box saya kalau ada yang tidak kena.Sama samalah kita tegur menegur.TERIMA KASIH :"D

Wednesday, February 2, 2011

Persahabatan Lahir Dari Sebuah Keikhlasan

Assalamualaikum dan salam ukhuwah :")

Awak semua ada sahabat? seorang pun tiada? betul? saya kata sahabat bukannya kawan......
awak pahamkah perbezaan antara sahabat dengan kawan? Begini.....

*Kawan  ialah  orang yang hanya bersama dengan kita semasa kita senang tetapi lesap entah ke mana semasa kita susah( I hate This MOst!)
*Sahabat ialah orang yang selalu bersama dengan kita tidak kira semasa kita susah mahupun senang(ini yang kita  nak cari) 
*p/s:dah paham konsepnya? bagos! ^_^ jadilah sahabat saya!wekk~ haha

(pssttt! nie aku buat sendiri nie..hehe :"P )

    Geng,,bukan senang tau nak cari sahabat nie...ke sini sana  mesti bersame....pahit getir lalui bersama.Seperti seorang insan berjiwa kembar,,setiap yang berlaku kepada Si seorang sahabat nie..Si sahabatnya  turut terasa tempiasnya.Dari situlah kemanisan persahabatan dirasai bersama atas dasar persahabatan itu kerana ALLAH s.w.t.....inilah yang dinamakan ikhlas dalam persaahbatan... 
  
Kadang -kadang tuh  ade jugakla bergaduh...saling mengata,,menggedik,,pukul-pukul(nie sahabat low skit..hehe).Tapi terfikirkah kita manusia mana yang sempurna? setiap insan pasti melakukan kekurangan yang merupakan lumrah hidup...so sume-sume tu normallah setakat nak melawak macam budak-budak kan? haha..Tak kan asyik serius je dak? mesti melawak skit..beerpade padelah...so dari itu beajarlah memaafkan orang lain :")
   
       Seorang sahabat perlu menasihati sahabat-sahabatnya yang lain..so janganlah kite kate "tunjuk hebatlah" ,,"ustaz&ustaah la",,"pergi ceramah kat lainlah" ok? heee sebaliknya ambillah dan perbaikinya...jgan pulak nak berdendam : "ha lepas nie aku nak ceramah hang pulak...siap aa hang nanti kalau hang buat silap aku tegur hang terus!!" itu namanya tidak ikhlas dan persahabatan tidak akan dicapai :"(

--> so carilah sahabatmu..kalau kawan...sudah tidak terhingga ramainya...bersahabatlah atsa ikatan jalinan ikhas semata-mata kerana ALLAH s.w.t ^_^ jangan menilai seseorang itu dari segi "material" sebaliknya "nilai rohaninya" apabila memilih sahabat @ kawan.....wassalam ^_^

p/s : segala kesilapan ku harap dimaafkan dan segala yang baik hanya dari-NYA..
       saya ada seorang sahabat gak..HE :'] semoga awak pon ada...AMINN...
       (semua yg aku tulis atas dasar pengalaman yang lepas...HAHA!_ )