Tab Menu

Kawal Tulisan Anda

Jom Jadi Geng

Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

Subhanallah ! Ikan Yang Boleh Terbang

Assalamualaikum geng-geng sekalian ..




 Hari ni saja buat blogwalking  pagi-pagi , tiba-tiba terjumpa satu artikel menarik yang haky pernah tahu masa umur dalam lebih kurang darjah 3-4 gitu ah .. apa dia ? haa spesis ikan terbang ! First haky tengok dulu memang "curious" gila nak tau sebab pelik kan ikan duduk dalam laut boleh terbang o.O . Kebetulan ayah haky ada simpan gambar ikan terbang tu masa dia beli kat Jepun dulu , dia kata ikan tu duduk kat Jepun eh ? ntah tak pernah tahu ..heheh .


WOW !! amazing betul ciptaan ALLAH kan ... sampai makhluk yang duduk dalam air pon boleh terbang ke udara .Tiada satu pun yang tidak mampu ALLAH ciptakan , firman-NYA "kun fayakun" maka jadilah ! .


 Mengulas lanjut berkaitan ikan ni , dikatakan juga pada tahun 1900 sehingga 1930 ikan ini dikaji bagi dijadikan model untuk mencipta kapal terbang. Abiliti ikan ini yang membolehkan ia terbang adalah kerana bertujuan untuk bersembunyi dan melarikan diri daripada musuh. Secara puratanya ikan ini boleh terbang sejauh 50 meter. Selain daripada mempunyai sirip yang lebar, ikan ini mampu membuatkan ekornya bergerak sehingga 70 kali dalam masa 1 saat dan ini membantu ikan ini untuk terbang.


.  HEBAT KAN .


p/s :  
  • Comel plak tengok ikan ni ..hihi
  •   Sumber 

Saturday, September 10, 2011

Tips Kesihatan: Sayur Dan Buah Yang Boleh Menguatkan Tubuh


Assalamualaikum & salam berbicara ..



Kehidupan seharian kita sentiasa ada hazard yang tidak diketahui samaada secara fizikal atau mental dan juga dalaman manusia. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan namun janganlah anda berserah kepada takdir semata-mata. Kita berusaha kerana kita idak mengetahui .


Masa haky tengah "berblogwalking" tadi haky jumpa satu entri tentang kesihatan herba,jadi haky "copy&paste" jelah ,sama-sama kongsi ilmu . Eh ubat herba lagi bagus tau dari ubat klinik , asli weyyh ^^''. Berikut adalah enam jenis makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh diambil untuk mengawal tubuh daripada mudah dijangkiti penyakit.

=============================================================================

1. SELERI

Seleri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Biasanya ia digunakan dalam perubatan secara tradisional abgi menurunkan tekanan darah tinggi. Sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah, seleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam.
=============================================================================


2. JAMBU BATU
Kulit buah dan isi yang paling keras banyak mengandungi vitamin C yang penting untuk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dengan sempurna. Manakala, daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yang dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam darah, terutamanya kolesterol tidak baik jenis LDL.
=============================================================================

3. BUAH DELIMA
Kebiasaannya buah delima sedap dimakan segar mahupun dibuat minuman jus, sirap dan ada juga yang menjadikannya sebagai salad buah dan sayur serta rojak. Jusnya di minum untuk rawatan demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Delima mengandungi tanin, asid sitrik (mempunyai anti oksidan dan kesan anti tumor dalam kajian keatas haiwan), vitamin C dan asid borik yang mempunyai kesan asntiseptik.
=============================================================================

4. BETIK
Buah ini mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain(berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil). Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi.
=============================================================================

5. DURIAN BELANDA
Dimakan mentah bila masak, dibuat jus buah atau aiskrim. Ia juga mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C. Fosforus penting untuk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yang sihat. Manakala, kalsium pula penting bagi pembekuan darah serta mengawal degupan jantung. Ia juga amat penting kepada wanita yang putus haid bagi menghalang osteoporosis.
=============================================================================

6.KUBIS
Dipercayai kubis mempunyai agen antikanser lebih berbanding dengan sayur-sayuran lain. Disamping itu, ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut, selain daripada mengandungi anti bakteria bagi meningkatkan lagi sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya dimakan mentah, dimasak mahupun dijadikan sebagai ulam khas bagi kesihatan diri.
=============================================================================
p/s :
  • Harap-harap berguna pada pembaca-pembaca sekalian :"D
  • Makan sayur & buah banyak2 tau , sumber vitamin kita.
  • SUMBER ( terima kasih)

Monday, September 5, 2011

Puasa 6 Di Bulan Syawal .


Assalamualaikum & selamat malam semua .

Kali ni nak ceritakan sedikit perkongsian (copy&paste) mengenai puasa enam . Korang ada buat tak ? hehe kalau lepas raya mesti liat sikit kan ? hmm cubalah sebab puasa enam ni banyak fadhilatnya. Jom tengok ....



  • Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.
  • Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit.
  • Orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah haram melakukan puasa enam kecuali setelah selesai mengqada puasanya. Namun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh.
  • Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :                "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).
  • Para ulama berselisih pendapat mengenai waktu atau masa mengerjakan puasa enam itu. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam itu dilakukan dengan berturut-turut selepas Hari Raya mulai Hari Raya kedua dan seterusnya.
  • Manakala ulama muta’akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dilakukan secara tidak berturut-turut seperti berselang-seli dan sebagainya selama dalam bulan Syawal. Walau bagaimanapun mengerjakannya dengan berturut-turut selepas Hari Raya adalah lebih afdal.

  • Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal setelah berpuasa Ramadan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah hadis, sabda Baginda yang maksudnya :
  • "Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun." (Hadis riwayat Al-Darimi).
  • Berdasarkan hadis di atas juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan : "Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran.
---------------------------------------------------------------------------------------
p/s :
  • Haky buat "point" bagi senang korang baca, kalau malas lagi tak tau laaa.
  • SUMBER

Saturday, September 3, 2011

Kereta Api Terpendek Di Dunia .

Assalamualaikum & salam ke-5 hari beraya :D


Kereta api terpendek di dunia ? wakaka serius haky terus gelak bila tengok kereta api ni lalu dalam video ni .Pendek giler mengalahkan kereta . Apa motif dia buat macamtu , pendek sangat rasanya 3-5 orang je boleh muat dalam tu .Mungikin tu kereta api peribadi kot tak pon nak dapatkan rekod ,hmmmm apepon kereta api tu cute sangat .haha !

Monday, August 22, 2011

Kesihatan Anda --> Jangan Mengadap Komputer Lebih 5 Jam Sehari.

 Assalamualakum dan selamat berblog . 

Kesihatan Awas..!! Jangan Mengadap Komputer Lebih 5 Jam Sehari. Mengapa..? Baca....!!! 

 Tadi haky baru berblogwalking tiba-tiba ternampak satu artikel menarik dari blog Auto Dunia Blog & Permotoran *credit .Best artikel ni pasal bahana duduk depan komputer lama-lama .Sekarang ni dunia dah maju sangat sampai budak-budak sekolah menengah dah mula melakukan aktiviti sepanjang masa mereka hanya di laman sosial kan ? Ish ish kalau setakat 2-3 jam bolehla lagi tapi kekadang tu semedang lajak 2-3 jam lagi :'3 .Memandang kan haky pon "tergolong" dalam kumpulan ni (masa cuti jer erk,hehe)jom kita baca artikel ni =") SHARING IS CARING.

COPY & PASTE

Kali ini sebuah portal menyiarkan dapatan kajian yang mendakwa seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan mengadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka  mati lebih awal.
Punca utamanyanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video/komputer, ataupun ketika menonton televisyen.

Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4.500 orang respondan yang berusia 35 tahun ke atas dan hasilnya diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.

“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer/televisyen memiliki peluang 125 peratus lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer/televisyen,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.

Kajian juga mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber permasalahan.

Antara solusi yang dicadangkan bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari, “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama  dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama” kata Stamatakis. 

P/S :
  • Patutla sejak dua menjak nie rasa "kureng" skit. hihi . Ok kawan-kawan jom berhijrah ke arah lebih baik.Lepas ni tamo lama-lama lagi kay .