Assalamualaikum dan salam berbicara ...
Musibah ? hmm hari ni ada tiga berita sedih yang haky dapat.
- Pertama : Kawan lama sekolah rendah haky telah pergi buat selama-lamanya .Haky kenal dia sejak darjah satu lagi . Walaupun tak beberapa rapat sangat tapi kadang-kadang tu dia ada jugak kawan dengan haky.Sedih rasanya kehilangan seorang kawan walaupun biasa-biasa saja.Marilah kita sedekahkann Al-Fatihah kepadanya.Semoga rohnya dicucuri rahmat.
- Kedua : Tengah hari tadi , abang haky telefon mak ngan ayah , moto yang mereka tunggang tiba-tiba eksiden sebab tayar pancit , soo moto goyang .Tangan abang haky ada terseliuh sikit. Alhamdulillah mujur tak teuk.Masuk ni dah dekat empat kali abang haky terbabit kemalangan .
- Ketiga: Mak sedara haky , masuk wad masa pergi klinik tadi , dengar kata kena buat "operation" sebab ada sedikit masalah .Lagipun mak sedara haky tu ada kencing manis , soo mungkin bahaya.
Innalillah , setiap ujian dari ALLAH mempunyai HIKMAH -Nya tersendiri .
Macam musibah pertama tadi ,ALLAH member kita pengajaran supaya lebih bersedia dengan amal ibadat kepada-Nya bila kita mati nanti sebab mati tak kira usia muda atau tua.Apabila sampai ajal seseorang tu , nak dicepatkan pon tak boleh apaah lagi dilambatkan . Sampai masa kita akan mati juga . Tapi cukup ke bekalan untuk dibawak ke sana ? renng-renungkan lah buat kita semua. Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman dan sempat bertaubat kepada-Nya .AMINN..
Musibah kedua pulak mengajar kia sepaya sentiasa berhati-hati dan menerima akdir-Nya dengan redho.Kita kalau nak jadi sesuatu benda kat mana-mana pon boleh berlaku . Dekat tempat yang anda rasa selamat ? belum tentu menjamin keselamatan anda .Apabila kita ditimpa musibah tu hadapilah dengan hati yang redho.Kita sebagai umat islam wajib menyakini Qa'da & Qa'dar ALLAH s.w.t .usahalah sedaya mungkin dan jangan cepat berpututs asa. Kadang-kadang syaitan membisik "kalau macam tu tak payah la usaha apa-apa , takdir kan dah ada!" . Haky ada mebaca satu buku tajuknya "FANZURU" by Hilal Asyraff , pengalaman nya mengatakan bahawa "Kita berusaha kerana kita tidak mengetahui"
Akhir sekali musibah ketiga mendidik kita supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH yang tidak ternilai harganya untuk kita bayar kembali. Kesihatan yang ALLAH telah bagi merupakan nikmat yang tidak terperi untuk kita tapi malangnya segelintirnya tidak bersyukur dengan nikmat-Nya.Nauzubillah . Sepupu haky pernah tulis " Belajarlah bersyukur , anda akan merasa cukup."
Dari situ belajarlah erti KESABARAN yang mana meningkatkan lagi KEIMANAN kita kepada-NYA. Insyallah .
============================================================================
============================================================================
p/s :
- Haky selalu amalkan ayat bismillahilazii (ayat diminta jauhkan bahaya) .percaya pada Allah &ayat tu , Insyaallah sentiasa dilindungi- Nya.
No comments:
Post a Comment