Assalamualaikum & salam pertemuan .
Semalam bermulalah sudah Peperiksaan Percubaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , dan hari ni merupakan peperiksaan kertas Bahasa Melayu . Ok , kepada calon-calon SPM tahun ni tidak kiralah dimana anda berada ;'P haky doakan yang terbaik buat korang .Tengahhari tadi masa balik sekolah haky tanya sepupu haky nama dia adry :
"Mat , amacam periksa tadi ? senang ke ? "
"Boleh la , ada aku silap buat ,tertukar sikit ."
"What ! mat kenapa careless sangat ! percubaan ni penting tahu tak "(poyonya)
Dia diam tak terkata .
"habis macam mana ni ?"
"Entahla ,aku target A- jadilah ' ~~~
Hmmm tulah korang kena berhati-hati sikit masa jawab , baca doa tu paling penting .Doa tu kan senjata terkuat umat Islam. Ni haky 'copy&paste" tips2 untuk menghadapi peperiksaan :")
"Boleh la , ada aku silap buat ,tertukar sikit ."
"What ! mat kenapa careless sangat ! percubaan ni penting tahu tak "(poyonya)
Dia diam tak terkata .
"habis macam mana ni ?"
"Entahla ,aku target A- jadilah ' ~~~
------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Tidur awal
- Ini adalah tips klasik. Dulu kini dan selamanya. Masa zaman ibu saya bersekolah pun tipsnya adalah ‘tidur awal’ dan sewaktu saya bersekolah pun tipsnya masih ‘tidur awal’
- Tidur awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.Badan kita akan mendapat rehat yang cukup untuk meneruskan fungsi dengan efisien.
- Jika anda kebiasaan tidur pada pukul 12:00 malam hingga 1:00 pagi,maka pada malam sebelum exam tidur awal dari kebiasaan selama dua atau tiga lebih awal. Janji atas katil dua tiga jam awal dari kebiasaan. OK?
2. Bangun awal
- Mesti bangun awal punya. Hoho.. dah tidur awal semalam mesti bangun awal punya. Ye tak? Eh,tak juga..ada spesies yang tidur awal ke tidur lewat ke bangunnya tetap sama. Dekat-dekat tengah hari rembang tu baru nak bangun.
- Kalau anda tergolong dalam kumpulan ini,set alarm sebanyak tiga kali tetapi jenis yang berbeza. Alarm hanset pukul 5 pagi,alarm jam loceng pukul 5.30. Alarm mak kesayangan pukul 6 pagi. Kalau tak bangun juga sah anda spesies malas bangun pagi.
- Cuba bangun seawal mungkin pada pagi hari peperiksaan. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 raakat.Anda diggalakkan solat berjemaah . Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan.Ini tips untuk yang beragama Islam.
Tips tambahan-Baca surah Yaasin
- Digalakkan anda membaca surah Yasin untuk setiap pagi tiap-tiap hari yang anda ambil exam selepas subuh. Tips ini saya lakukan dan alhamdullilah,ia menenangkan saya dan saya berasa mendapat pertolongan daripada Allah.
- Surah Yaasin adalah ’surah yang memudahkan. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita.
3-Sarapan Pagi
- Makan sarapan bersama-sama keluarga anda.Oit,kalau yang berada di asrama pula macam mana?
- Pergi aje la bersarapan di Dewan Makan bersama rakan sebilik dan rakan yang lain. Yang penting makan! Kerana perut yang kosong akan membantutkan anda untuk memberi tumpuan ketika menjawab exam pada pagi itu.
- Amaran keras!! Jangan la sarapan pagi tu korang pergi bantai tomyam,mee kari dan sup gear box pulak. Makan simple-simple sudah la. Dan satu lagi,elakkan makanan berminyak dan ambil sumber protein pada pagi itu yer.Sebab apa? Search sendiri di google,saya dah lupa.
4. Telefon ibu
- Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu/bapa kita sebelum menduduki peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita.
- Insyaallah,dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita.Telefon ibu bapa anda sebelum ambil exam.Sudah semestinya mereka berdoa untuk anda. Jika anda yatim piatu,tiada salahnya menelefon penjaga anda atau saudara terdekat.
5. Pergi ke tempat peperiksaan lebih awal
- Pastikan diri kita tiba di tempat peperiksaan setidak-tidaknya 30 minit lebih awal dari masa peperiksaan bermula bagi mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat.
- Jadi, sila pastikan diri kita untuk datang awal ke tempat peperiksaan untuk mengelakkan tertinggal kalkulator kad pengenalan.Kalau nak datang lambat pun boleh,tapi pastikan bawa semua barang selengkapnya.
6. Senyum dan Sapa
- Kalau anda sampai awal di tempat peperiksaan, cubalah untuk bertegur sapa dengan calon-calon lain a.k.a kawan-kawan seperjuangan anda.
- Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan atau kerisauan kita pada peperiksaan bakal diduduki. Dengan menegur calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa lebih berkeyakinan.Mudah saja caranya, anda lontarkan senyuman, beri salam dan mulakan perbualan ringan seperti “dah ready ke belum”.
7. Kunyah gula-gula getah (chewing gum)
- Ayat ini saya copy paste dari sebuah majalah:
- “Memang menjadi amalan saya semasa menghadari mesyuarat, saya akan mengunyah chewing gum. Mengunyah chewing gum bukan saja dapat mengelakkan daripada mengantuk, malah dapat merangsang otak untuk terus berputar ligat. Mungkin tiada kajian yang membuktikan perkara ini, tapi ini adalah pengalaman sebenar saya. Saya berasa otak saya tepu kalau tak mengunyah chewing gum semasa meeting.
- Jadi, sebelum peperiksaan, saya pasti akan membeli chewing gum dan meletakkan dalam poket. Dan sepanjang peperiksaan berjalan, mulut saya memang akan terkumat-kamit mengunyah chewing gum. Alhamdulillah, cara ini bukan saja membuatkan saya berasa segar, malah saya rasa otak saya lebih pick-up daripada biasa.”
8. Baca selawat kalau ada soalan yang sukar
- Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, baca kembali soalan dan jawablah dengan sebaik mungkin.Insyaallah akan mencapai kejayaan .
p/s :
- haky edit skit dari sumber asli , ambil yang penting je ,bagi senang korang baca.
- Sumber . (time kasih)
- Semoga berjaya semua calon-calon SPM 2011 .
- Tahun depan Haky pulak calon SPM 2012!
goodluck utk adik2 yg nk amik SPM =)
ReplyDeleteeh igt ni blog pmpuan ! jgn mrh..sebab blog ni kiut bangettt =)
terima kasih kak =') err comel ye ? hahaha asal bleh jadi mcmni >_< ... jgan pikir mcm2 kt tuan dia sudah ..hahaha!
ReplyDelete