Assalamualaikum & pape jelah .
Huarrgghh ! hari minggu yang tak membosankan daripada sebelom ni ^_^
Memandangkan bulan Syawal belum melabuhkan tirainya lagi , orang ramai masih mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka masing-masing.Selalunya rumah terbuka diadakan dalam lingkungan antara pukul 12-5 ptg macam tu , tapi pelik pulak bagi bapa saudara haky ni , dia buat padapagi hari ,rasa janggal kan ? Hari ni haky , ayah dengan mak pergi rumah terbuka bapa saudara haky pada pukul 8.00 ! Waaaww awalnya , semenjak hidup ni tak pernah rasanya pergi rumah terbuka pagi-pagi hari ni.
Mak dan Bapa saudara haky ni dia suka buat kealinan sikit dari apa yang orang selalu buat . Sebelum ni dia buat majlis kenduri anak dia (sepupu) pada malam hari -__-'' , lepas semua orang habis selesaikan solat Is'sya , baru majlis berlangsung. Aneh kan kenduri malam hari tapi sangat best bagi orang yang suka keluar malam, hehe.Setakat ni dah 2 kali jamuan kenduri malam yang pernah haky datang .
p/s
Huarrgghh ! hari minggu yang tak membosankan daripada sebelom ni ^_^
- Saje buat entri macam ni ,bohsan ~
- Eh esok jamuan hari raya dekat rumah cikgu ,nak pergi ke tak ..hmmm
- alamak lupa nak amik gambar kt sane ^^''
No comments:
Post a Comment