Tab Menu

Kawal Tulisan Anda

Jom Jadi Geng

Saturday, September 10, 2011

Tips Kesihatan: Sayur Dan Buah Yang Boleh Menguatkan Tubuh


Assalamualaikum & salam berbicara ..



Kehidupan seharian kita sentiasa ada hazard yang tidak diketahui samaada secara fizikal atau mental dan juga dalaman manusia. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan namun janganlah anda berserah kepada takdir semata-mata. Kita berusaha kerana kita idak mengetahui .


Masa haky tengah "berblogwalking" tadi haky jumpa satu entri tentang kesihatan herba,jadi haky "copy&paste" jelah ,sama-sama kongsi ilmu . Eh ubat herba lagi bagus tau dari ubat klinik , asli weyyh ^^''. Berikut adalah enam jenis makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh diambil untuk mengawal tubuh daripada mudah dijangkiti penyakit.

=============================================================================

1. SELERI

Seleri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Biasanya ia digunakan dalam perubatan secara tradisional abgi menurunkan tekanan darah tinggi. Sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah, seleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam.
=============================================================================


2. JAMBU BATU
Kulit buah dan isi yang paling keras banyak mengandungi vitamin C yang penting untuk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dengan sempurna. Manakala, daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yang dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam darah, terutamanya kolesterol tidak baik jenis LDL.
=============================================================================

3. BUAH DELIMA
Kebiasaannya buah delima sedap dimakan segar mahupun dibuat minuman jus, sirap dan ada juga yang menjadikannya sebagai salad buah dan sayur serta rojak. Jusnya di minum untuk rawatan demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Delima mengandungi tanin, asid sitrik (mempunyai anti oksidan dan kesan anti tumor dalam kajian keatas haiwan), vitamin C dan asid borik yang mempunyai kesan asntiseptik.
=============================================================================

4. BETIK
Buah ini mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain(berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil). Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi.
=============================================================================

5. DURIAN BELANDA
Dimakan mentah bila masak, dibuat jus buah atau aiskrim. Ia juga mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C. Fosforus penting untuk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yang sihat. Manakala, kalsium pula penting bagi pembekuan darah serta mengawal degupan jantung. Ia juga amat penting kepada wanita yang putus haid bagi menghalang osteoporosis.
=============================================================================

6.KUBIS
Dipercayai kubis mempunyai agen antikanser lebih berbanding dengan sayur-sayuran lain. Disamping itu, ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut, selain daripada mengandungi anti bakteria bagi meningkatkan lagi sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya dimakan mentah, dimasak mahupun dijadikan sebagai ulam khas bagi kesihatan diri.
=============================================================================
p/s :
  • Harap-harap berguna pada pembaca-pembaca sekalian :"D
  • Makan sayur & buah banyak2 tau , sumber vitamin kita.
  • SUMBER ( terima kasih)

Rumah Terbuka Di Pagi Hari ?

Assalamualaikum & pape jelah .






Huarrgghh ! hari minggu yang tak membosankan daripada sebelom ni ^_^

Memandangkan bulan Syawal belum melabuhkan tirainya lagi , orang ramai masih mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka masing-masing.Selalunya rumah terbuka diadakan dalam lingkungan antara pukul 12-5 ptg macam tu , tapi pelik pulak bagi bapa saudara haky ni , dia buat padapagi hari ,rasa janggal kan ? Hari ni haky , ayah  dengan mak pergi rumah terbuka bapa saudara haky pada pukul 8.00 ! Waaaww awalnya , semenjak hidup ni tak pernah rasanya pergi rumah terbuka pagi-pagi hari ni.

Mak dan Bapa saudara haky ni dia suka buat kealinan sikit dari apa yang orang selalu buat . Sebelum ni dia buat majlis kenduri anak dia (sepupu) pada malam hari -__-'' , lepas semua orang habis selesaikan solat Is'sya , baru majlis berlangsung. Aneh kan kenduri malam hari tapi sangat best bagi orang yang suka keluar malam, hehe.Setakat ni dah 2 kali jamuan kenduri malam yang pernah haky datang .

p/s

  • Saje buat entri macam ni ,bohsan ~
  • Eh esok jamuan hari raya dekat rumah cikgu ,nak pergi ke tak ..hmmm
  • alamak lupa nak amik gambar kt sane ^^''

Friday, September 9, 2011

Musibah Mengajar Kita Erti Kehidupan .

Assalamualaikum dan salam berbicara ...



Musibah ? hmm hari ni ada tiga berita sedih yang haky dapat.

  • Pertama : Kawan lama sekolah rendah haky telah pergi buat selama-lamanya .Haky kenal dia sejak darjah satu lagi . Walaupun tak beberapa rapat sangat tapi kadang-kadang tu dia ada jugak kawan dengan haky.Sedih rasanya kehilangan seorang kawan walaupun biasa-biasa saja.Marilah kita sedekahkann Al-Fatihah kepadanya.Semoga rohnya dicucuri rahmat.
  • Kedua : Tengah hari tadi , abang haky telefon mak ngan ayah , moto yang mereka tunggang tiba-tiba eksiden sebab tayar pancit , soo moto goyang .Tangan abang haky ada terseliuh sikit. Alhamdulillah mujur tak teuk.Masuk ni dah dekat empat kali abang haky terbabit kemalangan .

  • Ketiga: Mak sedara haky , masuk wad masa pergi klinik tadi , dengar kata kena buat "operation" sebab ada sedikit masalah .Lagipun mak sedara haky tu ada kencing manis , soo mungkin bahaya.

Innalillah , setiap ujian dari ALLAH mempunyai HIKMAH -Nya tersendiri . 

Macam musibah pertama tadi ,ALLAH member kita pengajaran supaya lebih bersedia dengan amal ibadat kepada-Nya bila kita mati nanti sebab mati tak kira usia muda atau tua.Apabila sampai ajal seseorang tu , nak dicepatkan pon tak boleh apaah lagi dilambatkan . Sampai masa kita akan mati juga . Tapi cukup ke bekalan untuk dibawak ke sana ? renng-renungkan lah buat kita semua. Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman dan sempat bertaubat kepada-Nya .AMINN..

Musibah kedua pulak mengajar kia sepaya sentiasa berhati-hati dan menerima akdir-Nya dengan redho.Kita kalau nak jadi sesuatu benda kat mana-mana pon boleh berlaku . Dekat tempat yang anda rasa selamat  ? belum tentu menjamin keselamatan anda .Apabila kita ditimpa musibah tu hadapilah dengan hati yang redho.Kita sebagai umat islam wajib menyakini Qa'da & Qa'dar ALLAH s.w.t .usahalah sedaya mungkin dan jangan cepat berpututs asa. Kadang-kadang syaitan membisik "kalau macam tu tak payah la usaha apa-apa , takdir kan dah ada!" . Haky ada mebaca satu buku tajuknya "FANZURU" by Hilal Asyraff , pengalaman nya mengatakan bahawa "Kita berusaha kerana kita tidak mengetahui"

Akhir sekali musibah ketiga mendidik kita supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH yang tidak ternilai harganya untuk kita bayar kembali. Kesihatan yang ALLAH telah bagi merupakan nikmat yang tidak terperi untuk kita tapi malangnya segelintirnya tidak bersyukur dengan nikmat-Nya.Nauzubillah . Sepupu haky pernah tulis " Belajarlah bersyukur , anda akan merasa cukup."


Dari situ belajarlah erti KESABARAN yang mana meningkatkan lagi KEIMANAN kita kepada-NYA. Insyallah .
============================================================================

p/s :
  • Haky selalu amalkan ayat bismillahilazii (ayat diminta jauhkan bahaya) .percaya pada Allah &ayat tu  , Insyaallah sentiasa dilindungi- Nya.

Thursday, September 8, 2011

Oh Tidak ! Blog Ni "cute" ?

Assalamualaikum & selamat tengah hari .








Hari ni salah sorang "visitor " haky ingat blog haky perempuan ???sebab "cute" sangaatt Malunyaaa -____-'' kepada akak , tak pe saya tak marah , siap nak ucap "terima kasih bebanyak" sebab bagi komen daripada memendam perasaan di lubuk hati .Haky dah lama tunggu 'respon" daripada "visitor" tapi semua buat "derk" je .hihi.


Memang , sekarang ni jarang jumpe blog-blog lelaki , kalau haky ber "blogwalking' asyik berderet je blog perempuan . Lagi satu kalau masuk blog lelaki rasa macam "kompleks" & "smart' a.k.a bergaya habis ,yang "cute-cute" ditendang jauh-jauh . Tapi bila datang je ke "Cinta Haky Ki" (*hai promote blog ke ??hehe ..) aik blog cute tapi pemiliknya lelaki o.O . 






Haaaaaaaaaa! di sini timbullah pelbagai syak wasangka , ada kata ni la ada kata nu la. Macam-macam mulut orang ni . Kepada semua jangan sangka haky bukan-bukan tau T_T , soal selidik dulu ye ..hehe .Actually Haky suke sangat warna cerah tambah-tambah hijau .Tapi bila ada satu kaler haky cepat rasa bosan soo haky pilih warna "colourfull" --habis cerita semua sekali ada . Dari situ dah nampak sangat "ke CUTE kan' nya... walawaklawehhh...


Lepas tu ditambah dengan perisa "backgound2" yang comel-comel ... NAHAII lagi cari pasal memang nampak benorrr "jambunya". Dari sini haky nak explain , yang haky nak persembahkan kelainan dalam "mempost" entri .Selalunya kita tengok 'default" je kan , nak baca pon tak da "mood' . Jadi haky nak merangsang minda pembaca dengan terapi warna .haky ada 'try' background lain tapi nampak kelam soo kena background cerah2 jelah dan background cerah2 tu semuanya cute =_=''' nak buat macam mana , terpaksa. heehehe tu jelah . K .BYE ~~

p/s :

  • Ok! kali ni haky pilih background " cool ' cute saya tendang laju-laju ,haha
  • Pikir baik otak sihat , ntah pape ..-___- haha

Wednesday, September 7, 2011

Calon SPM , Selamat Berjaya .

Assalamualaikum & salam pertemuan .



Semalam bermulalah sudah Peperiksaan Percubaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , dan hari ni merupakan peperiksaan kertas Bahasa Melayu . Ok , kepada calon-calon SPM tahun ni tidak kiralah dimana anda berada ;'P haky doakan yang terbaik buat korang .Tengahhari tadi masa balik sekolah haky tanya sepupu haky nama dia adry :

"Mat , amacam periksa tadi ? senang ke ? "
"Boleh la , ada aku silap buat ,tertukar sikit ."
"What ! mat kenapa careless sangat ! percubaan ni penting tahu tak "(poyonya)
Dia diam tak terkata .
"habis macam mana ni ?"
"Entahla ,aku target A- jadilah ' ~~~

Hmmm tulah korang kena berhati-hati sikit masa jawab , baca doa tu paling penting .Doa tu kan senjata terkuat umat Islam. Ni haky 'copy&paste" tips2 untuk menghadapi peperiksaan :")


------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Tidur awal
  • Ini adalah tips klasik. Dulu kini dan selamanya. Masa zaman ibu saya bersekolah pun tipsnya adalah ‘tidur awal’ dan sewaktu saya bersekolah pun tipsnya masih ‘tidur awal’
  • Tidur awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.Badan kita akan mendapat rehat yang cukup untuk meneruskan fungsi dengan efisien. 
  • Jika anda kebiasaan tidur pada pukul 12:00 malam hingga 1:00 pagi,maka pada malam sebelum exam tidur awal dari kebiasaan selama dua atau tiga lebih awal. Janji atas katil dua tiga jam awal dari kebiasaan. OK?


2. Bangun awal
  • Mesti bangun awal punya. Hoho.. dah tidur awal semalam mesti bangun awal punya. Ye tak? Eh,tak juga..ada spesies yang tidur awal ke tidur lewat ke bangunnya tetap sama. Dekat-dekat tengah hari rembang tu baru nak bangun.
  • Kalau anda tergolong dalam kumpulan ini,set alarm sebanyak tiga kali tetapi jenis yang berbeza. Alarm hanset pukul 5 pagi,alarm jam loceng pukul 5.30. Alarm mak kesayangan pukul 6 pagi. Kalau tak bangun juga sah anda spesies malas bangun pagi.
  • Cuba bangun seawal mungkin pada pagi hari peperiksaan. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 raakat.Anda diggalakkan solat berjemaah . Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan.Ini tips untuk yang beragama Islam.

Tips tambahan-Baca surah Yaasin
  • Digalakkan anda membaca surah Yasin untuk setiap pagi tiap-tiap hari yang anda ambil exam selepas subuh. Tips ini saya lakukan dan alhamdullilah,ia menenangkan saya dan saya berasa mendapat pertolongan daripada Allah.
  • Surah Yaasin adalah ’surah yang memudahkan. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita.


3-Sarapan Pagi
  • Makan sarapan bersama-sama keluarga anda.Oit,kalau yang berada di asrama pula macam mana?
  • Pergi aje la bersarapan di Dewan Makan bersama rakan sebilik dan rakan yang lain. Yang penting makan! Kerana perut yang kosong akan membantutkan anda untuk memberi tumpuan ketika menjawab exam pada pagi itu.
  • Amaran keras!! Jangan la sarapan pagi tu korang pergi bantai tomyam,mee kari dan sup gear box pulak. Makan simple-simple sudah la. Dan satu lagi,elakkan makanan berminyak dan ambil sumber protein pada pagi itu yer.Sebab apa? Search sendiri di google,saya dah lupa.


4. Telefon ibu
  • Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu/bapa kita sebelum menduduki peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita.
  • Insyaallah,dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita.Telefon ibu bapa anda sebelum ambil exam.Sudah semestinya mereka berdoa untuk anda. Jika anda yatim piatu,tiada salahnya menelefon penjaga anda atau saudara terdekat.




5. Pergi ke tempat peperiksaan lebih awal
  • Pastikan diri kita tiba di tempat peperiksaan setidak-tidaknya 30 minit lebih awal dari masa peperiksaan bermula bagi mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat.
  • Jadi, sila pastikan diri kita untuk datang awal ke tempat peperiksaan untuk mengelakkan tertinggal kalkulator kad pengenalan.Kalau nak datang lambat pun boleh,tapi pastikan bawa semua barang selengkapnya.



6. Senyum dan Sapa
  • Kalau anda sampai awal di tempat peperiksaan, cubalah untuk bertegur sapa dengan calon-calon lain a.k.a kawan-kawan seperjuangan anda. 
  • Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan atau kerisauan kita pada peperiksaan bakal diduduki. Dengan menegur calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa lebih berkeyakinan.Mudah saja caranya, anda lontarkan senyuman, beri salam dan mulakan perbualan ringan seperti “dah ready ke belum”.



7. Kunyah gula-gula getah (chewing gum)
  • Ayat ini saya copy paste dari sebuah majalah:
  • “Memang menjadi amalan saya semasa menghadari mesyuarat, saya akan mengunyah chewing gum. Mengunyah chewing gum bukan saja dapat mengelakkan daripada mengantuk, malah dapat merangsang otak untuk terus berputar ligat. Mungkin tiada kajian yang membuktikan perkara ini, tapi ini adalah pengalaman sebenar saya. Saya berasa otak saya tepu kalau tak mengunyah chewing gum semasa meeting.
  • Jadi, sebelum peperiksaan, saya pasti akan membeli chewing gum dan meletakkan dalam poket. Dan sepanjang peperiksaan berjalan, mulut saya memang akan terkumat-kamit mengunyah chewing gum. Alhamdulillah, cara ini bukan saja membuatkan saya berasa segar, malah saya rasa otak saya lebih pick-up daripada biasa.”


8. Baca selawat kalau ada soalan yang sukar
  • Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, baca kembali soalan dan jawablah dengan sebaik mungkin.Insyaallah akan mencapai kejayaan .

p/s :
  • haky edit skit dari sumber asli , ambil yang penting je ,bagi senang korang baca.
  • Sumber . (time kasih)
  • Semoga berjaya semua calon-calon SPM 2011 .
  • Tahun depan Haky pulak calon SPM 2012!

Tuesday, September 6, 2011

Share Lagu...

Assalamualaikum & salam sihat sejahtera ..


Selena Gomez- Love You Like A Love Song

Hmmmm,.... korang tahu lagu ni ? ni lagu baru lagi ni kan ? entahla mungkin korang lagi laju tahu dari haky ,hehe :"3 .. bestt giler lagu ni >_< ,Lagu Selena Gomez --. Like You Like A Love Song . Haky dengar sampai sepuluh kali sehari ...haha terok betol . Entahla sebab tarikan nada ngan clip video dia tu , pergghhhh caiirrr beb , tambah-tambah masa "dia repeat6 ..haha mepek -__-.suara dia sedap sangat ,Sebelum ni tak beberapa kenal atau suka sangat dengan Selena Gomez ni ,sejak dia jadi "girlfriend' Justin Biebier baru mula kenal sikit.Baru-baru ni kawan haky ada buat klip video lagu ni tapi tak leh post kat You Tube sebab dia ada "copyright" kot ..Lawak sangat gimik kawan haky buat tu , ingat nak upload kat sini tapi lama sangat la .sorii hehe.

Monday, September 5, 2011

Puasa 6 Di Bulan Syawal .


Assalamualaikum & selamat malam semua .

Kali ni nak ceritakan sedikit perkongsian (copy&paste) mengenai puasa enam . Korang ada buat tak ? hehe kalau lepas raya mesti liat sikit kan ? hmm cubalah sebab puasa enam ni banyak fadhilatnya. Jom tengok ....



  • Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.
  • Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit.
  • Orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah haram melakukan puasa enam kecuali setelah selesai mengqada puasanya. Namun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh.
  • Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :                "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).
  • Para ulama berselisih pendapat mengenai waktu atau masa mengerjakan puasa enam itu. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam itu dilakukan dengan berturut-turut selepas Hari Raya mulai Hari Raya kedua dan seterusnya.
  • Manakala ulama muta’akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dilakukan secara tidak berturut-turut seperti berselang-seli dan sebagainya selama dalam bulan Syawal. Walau bagaimanapun mengerjakannya dengan berturut-turut selepas Hari Raya adalah lebih afdal.

  • Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal setelah berpuasa Ramadan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah hadis, sabda Baginda yang maksudnya :
  • "Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun." (Hadis riwayat Al-Darimi).
  • Berdasarkan hadis di atas juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan : "Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran.
---------------------------------------------------------------------------------------
p/s :
  • Haky buat "point" bagi senang korang baca, kalau malas lagi tak tau laaa.
  • SUMBER

Sunday, September 4, 2011

Kebaikan Dan Keburukan Shoutbox Tersembunyi .

Assalamualaikum & salam bertemu di pagi hening ..


shoutbox 


Pastinya korang semua mesti ada shoutbox kan ? kalau tak ada lagi tu pon mungkin dia tak pandai letak lagi ataupon mungkin ada tujuan sendiri . Nak tanya ko sorok tak  shoutbox korang tu . Haky dulu pernah letak shoutbox tersembunyi tapi rasa kurang selesa , entah la dari segi apa . Lepas tu haky tukar balik jadi biasa .Dari situ ,haky nak kongsikan sedikit kebaikan dan keburukan shoutbox ni , bukan keburukan sangat pon ;') . Ingat ni kongsi pengalaman je ea bukan fakta . Kah kah kah ...




KEBAIKAN :

  • Memudahkan "visitor" blog korang nak letak link exchange .
  • Menjimatkan ruang "sidebar" blog. 
  • Dapat menghias "label" shoutbox mengikut kegemaran (menunjukkan kreativiti sendiri)





KEBURUKAN :

  • Kalau blog korang berat , "loading" shoubox jadi lembab, soo "visitor" pon lari .
  • "Visitor" lebih senang&suka sebab tak payah susah-susah nak cari shoutbox , dia terus letak link dan "belah'
  • Entri korang tak laku sebab "visitor" lebih suka letak link dia je (untuk sesetengah la --AKU---) haha


p/s :

  • Haky rasa haky banyak merepek la,haha *sori2
  • Kongsi la pengalaman korang , sharing is caring .

Saturday, September 3, 2011

Matluthfi (Aki)

Assalamualaikum & salam beraya lagi .





Weh , tadi kan haky jalan-jalan kat  You Tube , tetibe teringat kat Mat Luthfi ,, . Haky first time tengok video dia dulu memang kelakar habis, gelak golek-golek tajuk dia " Nama pon sampah " , best sangat-sangat sebab di samping lawak dia tu ada terselit macam-macam nasihat . Mula-mula tengok memnag pelik gak la ngan dia ni ,hehe lawak ntah pape lepas tu cari tajuk lain plak dan sejak tulah mula minta dia ni.Lagi satu ! dia ni orang "Kedah" kan ? hahahah kita senegeri beb! PEWWIITT ... hmm seronok sangat bila dia cakap Kedah sebab dia mengenangkan aku masa kecik-kecik dulu cakap Kedah ngan kawan-kawan.Almaklumlah "teman " dah jadi orang Perak :"D


-___-  -->  :"O  --> ERRRRKKKKK!!! Tergamam tak terkata , tulah reaksi aku bila tengok salah satu video dia hari ni , -----> KUCINGKU AKI ??? What The Fish ? tu nama manja aku kecik-kecik dulu ,haha wey tak dak lagu lain lagi ke nak tarok ha ? letak la kucingku maki ke ,saki ke , nak jugak aki ? haha alaaahhhhh tak kisah pon , sek baik tak letak nama "Haky" tidak hilanglah minat aku kat mamat tu ,heww heww .Ok la first-first rasa janggal tapi bila fikir-fikir balik "eh jarang ada nama tu , femess aku , HIHI ..  -__- kesitu pulak .


tema apa lagu ni weh -__-''


p/s: 

  • Aki pon Aki lah , Tok Aki kot,bukan aku.
  • Lain kali buatla "Heroku Haki" ,hehe .

Kereta Api Terpendek Di Dunia .

Assalamualaikum & salam ke-5 hari beraya :D


Kereta api terpendek di dunia ? wakaka serius haky terus gelak bila tengok kereta api ni lalu dalam video ni .Pendek giler mengalahkan kereta . Apa motif dia buat macamtu , pendek sangat rasanya 3-5 orang je boleh muat dalam tu .Mungikin tu kereta api peribadi kot tak pon nak dapatkan rekod ,hmmmm apepon kereta api tu cute sangat .haha !

Puisi



❤Hadirnya Kerana Cinta Yang Sia-Sia❤ 



Sudah lama rasanya ,
Cinta yang kurasa padamu .... hilang tak berjejak ,
Tapi hari ini , hari yang kurasa bahagia , bertukar sengsara ,
Kau hadir meyulam cinta ,
Kau hadir mengubati lara ,
Kau hadir menagih cinta ...
Yang kau dusta di hari getirku .


Tak mungkin aku terima kembali ,
Setelah keperitan yang ku alami ,
Tapi hatiku sentiasa memberontak ,
Menerimamu seadanya , tanpa secebis dendam & marah ,
Kerana kau sukar ku lupai ...


Meskipun kau yang utama ,
Ku sentiasa berdoa ,
supaya kau hilang dihatiku ,
supaya tabahkan insan yang dianiaya sepertiku ,
supaya luka yang berbekas dihatiku sembuh sediakala ,


Ya ! ku harus mencari cinta yang abadi ,
Yang tidak mungkin aku disakiti lagi ,
Sebagai penawar segala keperitanku ,
Sebagai penyembuh segala kekecewaanku ,
"Dia" lah cinta sejati ,
cinta utama , cinta teragung , cinta bahagia ..
Untuk kini dan selamanya ,




p/s :

  •  ni sesuai tuk kaum2 pompuan di luar sana ,haha
  • asal asyik puisi cinta ha ? x per nnti haky tuka "theme" dia