Tab Menu

Kawal Tulisan Anda

Jom Jadi Geng

Thursday, November 24, 2011

Kelambu Khemah Yang Mudah Alih

Assalamualaikum ..



Kali ni haky nak ceritakan sedikit kat semua orang tentang satu produk yang agak menarik .Namanya kurang pasti sebab ada yang kata "kelambu moden " , tak kurang juga yang kata kelambu khemah , bedal sajalah ^^'' .Kalau sesiapa-sesiapa yang masih tak kenal dan berminat dengan produk ni bolehla tempah dengan haky , hihi . 



Apa Kelebihan Kelambu Moden Ni  ? 



Kelambu ini sangat "flexible" :
- Sangat mudah untuk kita membawanya ke mana-mana terutama ketika balik kampung .Ianya boleh dilipat menjadi bulatann kecil yang mudah disimpan .


Kelambu ini sangat mudah digunakan :
- Memandangkan bentuknya seperti khemah , kita tidak perlu bersusah-payah mencari tali dan paku untuk menggantungkannya di setiap penjuru seperti kelambu biasa .


Kelambu ini tidak terlalu panas :
- Lapisan kain yang sedikit nipis membolehkan udara memasukinya seterusnya memberikan ruang udara yang agak selesa.Tidak untuk sesetengah kelambu yang agak panas disebabkan jenis kainnya .


Kelambu ini memberi keselamatan :
- Seperti kelambu yang lain , setiap kelambu memberikan kita keselamatan daripada nyamuk yang boleh memberi kita risiko penyakit "denggi" . Sayangilah keluarga anda .  



Belilah kelambu ini paling tidak pun sekurang-kurangnya  satu sebagai "bekalan" ataupun "keperluan" ketika kita sangat memerlukannya nanti .Bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan" , jangan pula kita dah terhantuk baru nak terngadah . Harganya pun agak berpatutan . Tidak rugi sedikit pun jika anda membelinya dibandingkan anda membeli barangan-brangan yang lain yang mungkin anda tidak sedar anda sedang membazir untuk produk yang tidak terjamin .


Jadi , macam mana keputusan anda ?  Berminat ? 



HARGA : RM 55
Saiz       : 180 X 200cm (muat untuk 4 org) 
Pintu      : satu je  

- Jika ada sebarang pertanyaan dan tempahan bolehla menghbungi di talian ini : 

MOHAMAD HIDAYAT  : 0175957394

 [Gambar ]



[ Video ]


========================================================= 

Wednesday, October 26, 2011

Hukum mengucapkan 'Selamat Deepavali"

Assalamualaikum  selamat sejahtera , salam 1 Malaysia di pagi hari ni  :")



Pagi-pagi ni memang sedap menaip uat entri baru , minda masih cerdas , otak pun cergas , mood ? okay slalu kalau waktu pagi . Tadi jalan-jalan kat facebook tetibe jumpe satu gambar berkaitan soal jawab ustaz Azhar Idrus erkaitan mengucapkan "Selamat Deepavali" kepada penganut agama hindu sempena hari raya mereka , hari ni . Berikut merupakan jawapan yang diberikan  :



dah terang penjelasannya ?



 ni 1 lagi 


Haky pon rasa kita tak patut sambut sekali perayaan mereka sebab perayaan mereka melibatkan "agama" . So tak wajarlah kita seagai penganut agama Islam menyambut sesuatu unsur agama lain .Lainlah kalau "Tahun baru Cina" sebab dia melibatkan "tradisi" setiap orang cina iaitu menyambut kalendar tahun mereka. betol tak ? kalau salah sila betulkan :') .Jadi kalau siapa-siapa kawan korang semua yang sambut perayaan ni just ucap "Taniah" !  ^^'''

Tuesday, October 25, 2011

MUFFIN POLKADOT & LADYBIRD

Assalamualaikum ...




Sapa di sini yang nak tempah muffin polkadot dengan ladybird (*nampak sedap weh,haha) bolehla buat tempahan daripada kawan saya , tapi dia duduk dekat Sungai Petani , Kedah . So siapa-siapa yang duduk dekat area-area tu bolehlah terus pergi rumah dia. Muffin yang dia buat semuanya comel-comel belaka dan terliur jika melihatnya..haha *promote punye pasal....Nak tengok dia punya gmar aa ? nah seketul , haraplah korang terliur ~_~ ...hehe..

 







Amacam terliur tak ? hehe .Apalagi  yang korang tunggu ? tempahlah sekarang !
Keterangannya di sini  :


POLKADOT 100 PCS = RM35
LADYBIRD 100 PCS = RM45


SESUAI UNTUK HANTARAN,KENDURI & BIRTHDAY PARTY..SEBARANGnPERTANYAAN : 

  • 0174371947-ERA
  • 0174085508-ANGAH



Basahkan Lidahmu Dengan Zikir-NYA

Assalamualaikum ...


Pagi-pagi hening ni apakata kita semua basahkan lidah dengan zikir ? daripada tidur dan mendengar lagu , lebih baik tambah pahala dengan mengingati-NYA . Semoga rezeki kita bertambah dan diredhai oleh ALLAH .Aminn...










Mahukah kita bersedekah/berbuat amal kebajikan/berinfaq dgn harta kita ke jalan Allah sebanyak RM50 ribu sehari ? Sudah tentu kita tidak mampu bukan ? Mari kita amalkan membaca zikir ini setiap pagi :







 


“Tiada Tuhan selain Allah, Dia Sendiri-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya lah kerajaan dan pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.”


(Dibaca 100 kali setiap pagi)






p/s : 

  • semoga kita mendapat keerkatan dari amalan ini =') ~ ~
  • SUMBER (kalau nak penerangan lebih )

Sunday, October 23, 2011

Subhanallah ! Ikan Yang Boleh Terbang

Assalamualaikum geng-geng sekalian ..




 Hari ni saja buat blogwalking  pagi-pagi , tiba-tiba terjumpa satu artikel menarik yang haky pernah tahu masa umur dalam lebih kurang darjah 3-4 gitu ah .. apa dia ? haa spesis ikan terbang ! First haky tengok dulu memang "curious" gila nak tau sebab pelik kan ikan duduk dalam laut boleh terbang o.O . Kebetulan ayah haky ada simpan gambar ikan terbang tu masa dia beli kat Jepun dulu , dia kata ikan tu duduk kat Jepun eh ? ntah tak pernah tahu ..heheh .


WOW !! amazing betul ciptaan ALLAH kan ... sampai makhluk yang duduk dalam air pon boleh terbang ke udara .Tiada satu pun yang tidak mampu ALLAH ciptakan , firman-NYA "kun fayakun" maka jadilah ! .


 Mengulas lanjut berkaitan ikan ni , dikatakan juga pada tahun 1900 sehingga 1930 ikan ini dikaji bagi dijadikan model untuk mencipta kapal terbang. Abiliti ikan ini yang membolehkan ia terbang adalah kerana bertujuan untuk bersembunyi dan melarikan diri daripada musuh. Secara puratanya ikan ini boleh terbang sejauh 50 meter. Selain daripada mempunyai sirip yang lebar, ikan ini mampu membuatkan ekornya bergerak sehingga 70 kali dalam masa 1 saat dan ini membantu ikan ini untuk terbang.


.  HEBAT KAN .


p/s :  
  • Comel plak tengok ikan ni ..hihi
  •   Sumber 

Saturday, October 22, 2011

Oh ! Ini Sebenarnya Rupa Sebenar Forver Alone !

Assalamualaikum ...

 
          >>Forver Alone <<



Semalam baru pertama kali haky tengok muka sebenar "Fuuuuuu" iaitu satu karakter "Forever Alone" . Ingat apa la benda ni dari dulu punya pikir ila tengok status kawan :


"Apasal la orang tak layan aku #Forever Alone ." (lebih kurang camni la) pastu dapat like banyak -__-'' 

Pastu haky try lee ikut *gedik ..... saja buat status Forever Alone , memang forever alone sungguh T_T . 
tiada komen.tiada like.


Pastu ada terjumpa satu page "FuuuBook"   , mula-mula ingat perli "facebook" atau buku sakit *fuuu .. tapi semalam baru tau kebenarannya...haha lambat betollah haky ni . Of kose I mana layan bende-bende cengginai..haha :'P *poyo semata-mata .


  Haaaa ni dia fuuu dalam dunia nyata , siann diew..haha


p/s : 
  • kalau tenung lama-lama si fuuuu ni ( realiti ) seram sejuk plak haky .. ~ ~  ... hehe 

Fan Pages Dah Ada . Apa Tunggu Lagi ? LIKE Sampai Lebam :')


Assalamualaikum ...



Hehe ..akhirnya petang tadi siap jugak fan pages untuk blog ni (blog baru) . Usaha jugak buat padahalyang sebelom ni pun (memory semalam) sikit je dapat like nya pung..haha tapi tak pe la bukan paksa pung korang like , kalau dah like lebih 50 ke , 80 ke Insyallah baru aku aktifkan pages tu .. kalau sikit tak berbaloi rasanya T_T ..

Official pages ni haky tak spesifikkan kepada "fans" tapi geng . Almaklumlah orang macam haky ni mana popular sangat , jangan nak bagai-bagailarrhh..haha..Lagipun label sebagai geng lebih "kamcin" dan selesa kan ? kan ? Buat pages ni bukan apa , saja nak bekenalan dengan lebih dekat kepada followers sekalian ^^"' .. dengan melalui pesbuk cenggitu la... hihi

p/s :  
  • Soo haraplah sangat korang like like lah sikit *aik tadi cakap x pakse , hahah!

Handphone 3310 ada game "Angry Birds" ?

Assalamulaikum ....



hmmm ...Frist time haky tengok memang terpegun gile arrhh.... game yang haky minat  angry birds dah ada dalam henset murah , 3310 !! OH MY biar betol.... hebad kan ? kan ? kan ? Kalau macam ni tak payah dah nak mengidam I phone untuk angry birds..hahah ! *Angry Birds je yg aku tau :'/ 

Apa ? korang tak caya ? NAH SEKETUL :



  •  p/s : HAHAHAHA ! macam betol jewwww ~ tapi kalau betol nak gak satu

Friday, October 21, 2011

Bercerita Tentang Budak 2 Tahun Yang Dilanggar Di China (Part 2)

Assalamualaikum...



GUANGZHOU – Budak malang berusia dua tahun yang menjadi mangsa langgar lari di China, meninggal dunia awal pagi tadi selepas seminggu bertarung nyawa di hospital.

Wang Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan sistem badan berfungsi.

Dia sebelum ini tidak sedarkan diri dan sukar diselamatkan selepas otaknya tidak lagi berfungsi.

Kejadian berkenaan yang menyaksikan bagaimana Yue Yue dibiarkan begitu sahaja oleh 18 orang yang melalui jalan tersebut sehingga seorang wanita yang merupakan pengutip barangan lusuh menghulurkan bantuan.

Wanita itu kemudiannya diangkat sebagai wira, namun kejadian tersebut mencetuskan perdebatan di internet yang mempersoalkan sifat perikemanusiaan penduduk China.

Malah dalam laman sosial China, Weibos, orang ramai meluahkan kemarahan dan sedih dengan insiden itu.

 
“Selamat tinggal Yue Yue, tiada lagi kenderaan di syurga.

“Yue Yue, selamat tinggal, dan jangan lagi dilahirkan sebagai rakyat China pada masa depan,”

demikian antara tulisan yang diluahkan oleh bloger di China mengenai kematiannya.


 p/s : 
  • Semoga kejadian ini memberi perubahan yang besar...
  • Sangat tersentuh dengan kata-kata akhir *bawah sekali ... maksudnya sangat dalam ... 
  • SUMBER 

Karakter Angry Birds Terbaru !!

Assalamualaikum ....




Wiiiiiiiii ~ hehe bunyi apa tu ? oh semestinya Angry Birds .... satu game yang dah popular di serata dunia .Aku pon dah jatuh hati sejak pertama kali main game ni kat handphone pastu terus main dekat PC..huhu. Ingat lagi karakter-karakter dalam "Angry Birds" ? -->  Merah  Kecil (biasa) , Biru (berpecah tiga) , Kuning (Kelajuan) , Hitam (bom badan) , Putih (bom telur) , Hijau (Boomerang) dan Merah Besar (Kuat).  

Antara game yang aku dah main --> Angry Birds , Angry Birds Seasons , Angry Birds Rio ( ada banyak lagi sebenarnya) . Dan yang latest nilah iaitu "Angry BirdsSeasons Ham'O'Ween" .

Sekarang ni pihak diorang dah buat satu karakter baru yang sangat kiut miut !!!.badannya lebih kecil dari yang berwarna biru tapi boleh membesar lebih besar daripada Merah Besar , kira kuasa dia la ni .. Warna nya ....ermmm  nak cakap camnew eh ?ade perang-perang sikit.. haha ...hebat kan ? heheh tak sabar rasanya nak main game baru ni ^^"


Review Video :  



Thursday, October 20, 2011

Roti lain dari lain

Asslamualaikum =')


p/s :
  • PERRGGHHHH roti ade sambal "iblis " ?? Macam mana orang yang makan roti tu erk kah kah kah !!!!
  • Gurau semata-mata , SENYUM SIKIT :"B
  • SUMBER

Bercerita Tentang Budak 2 Tahun Yang Dilanggar Di China (Part 1)

Assalamualaikum ... 



Masa jalan-jalan kat fesbuk tadi jumpa artikel berkaitan budak 2 tahun yang digilis lori tapi tak de sape pun bantu dia. Semua orang tengok je macam tak ade ape-ape yang berlaku . Sedey kan ? sampai hati manusia-manusia ni tengok tanpa ada raa kemanusiaan dan simpati  langsung ! ....hmmm ikuti kisah sebenar kenapa jadi macam tu ...COPY :

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tau tak ? Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China?
Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Jom kita baca...

 "Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer..Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah
Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?

PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...


Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..

Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.
 

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?
Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup dia kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..


Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...
 
Admin berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !
JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.
Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~
So terjawab lah persoalan tao yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.



p/s  :
  • Kalau nak pentingkan diri pun janganlah sampai hilang sifat kemanuasian 
  • Kalau pasal tentera tu , haky rasa kalau haky jadi dia haky akan minta penjelasan orang tua tu , takkan lah orang tua tu sanggup mengkhianati orang yang tolong dia , tapi kalau orang tua tu x beri apa2 penjelasan ... x heran lah berita ni semua ... KAN ? 
  • SUMBER 

Wednesday, October 19, 2011

Puisi


Kenapa Kau Sealu Menjadi Bayangan Ku ?



Sudah lama rasanya , kau pergi tak ku sedari ..
Kau tinggalkan aku , di dalam sepi kabus ..
Menghalang penglihatan padamuu ...
Semua ini salahku , membiarmu benci padaku ..


Walaupun keputusan ini dari lubuk hati seorang perindu ...
Percayalah ia tanda cintamu padaku ...
Berhari-hari ku sentiasa doakan kebahagianmu ..
Tandanya ku tak bisa melupamu lagi
sebagai seorang insan yang berbekas di hati ini ...


Kenapa kau selalu menjadi bayangan ku ?
Setiap kali rindu dan sepi melandaku ...
Mangharap kau muncul nyata didepanku ...
Setiap masa dan waktu ingin bersamamu ..


Tuhan berilah aku kekuatan ..
Menghapus cinta dan rindu padamu ..
Menghapus ingatan dan luka  darimu ..
Mungkin ku rasa kaulah pewira sanubariku ..
Walupun hakikatnya seperi kau punya seribu...


p/s :
  • Puisi cinta lagi =_='' haky memang jiwang ..
  • Background pakai bedal je .hew hew jambu ! 

Doakan Haky Berjaya ^_^ ''

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua !



Hmm hari ni rasa berkesempatan pulak nak update blog ....Rasa haky dah lama tak update sejak 1 bulan stengah yang lepas...hihihi ...Sekarang ni haky tengah hadapi peperiksaan , jadi kene tumpukan ujian ni lebh la.Minggu depan mesti haky melaram buat entri balik.HEHE ..

Kali ni bukan apa just nak mintak koang yang aca ni doakan kejayaan haky dunia akhirat ... AMIN!! . Soalan exam PERGGHHHH!!! boleh tahan jugak lah tapi "OK" sikitt je daripada exam sebelum ni sebab exam sebelum ni haky tak baca apa-apa pun..haha sekarang baru nak insaf  T_T .


Hmmm korang ada apa-apa tak uat masa cuti ni ? haky rasa macam nak cari kerja tapi nanti tak boleh study plak untuk pelajaran tahun depan. Sangat-sangat pening erkaitan hal ni sekarang ! HUH! Kalau korang korang buat maam mana ? kerja or study or kedua-duanya sekali .

p/s :  yaay !! first cash out haky dah kluar ^^'' uke uke uke 2

Saturday, September 10, 2011

Tips Kesihatan: Sayur Dan Buah Yang Boleh Menguatkan Tubuh


Assalamualaikum & salam berbicara ..



Kehidupan seharian kita sentiasa ada hazard yang tidak diketahui samaada secara fizikal atau mental dan juga dalaman manusia. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan namun janganlah anda berserah kepada takdir semata-mata. Kita berusaha kerana kita idak mengetahui .


Masa haky tengah "berblogwalking" tadi haky jumpa satu entri tentang kesihatan herba,jadi haky "copy&paste" jelah ,sama-sama kongsi ilmu . Eh ubat herba lagi bagus tau dari ubat klinik , asli weyyh ^^''. Berikut adalah enam jenis makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh diambil untuk mengawal tubuh daripada mudah dijangkiti penyakit.

=============================================================================

1. SELERI

Seleri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Biasanya ia digunakan dalam perubatan secara tradisional abgi menurunkan tekanan darah tinggi. Sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah, seleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam.
=============================================================================


2. JAMBU BATU
Kulit buah dan isi yang paling keras banyak mengandungi vitamin C yang penting untuk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dengan sempurna. Manakala, daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yang dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam darah, terutamanya kolesterol tidak baik jenis LDL.
=============================================================================

3. BUAH DELIMA
Kebiasaannya buah delima sedap dimakan segar mahupun dibuat minuman jus, sirap dan ada juga yang menjadikannya sebagai salad buah dan sayur serta rojak. Jusnya di minum untuk rawatan demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Delima mengandungi tanin, asid sitrik (mempunyai anti oksidan dan kesan anti tumor dalam kajian keatas haiwan), vitamin C dan asid borik yang mempunyai kesan asntiseptik.
=============================================================================

4. BETIK
Buah ini mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain(berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil). Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi.
=============================================================================

5. DURIAN BELANDA
Dimakan mentah bila masak, dibuat jus buah atau aiskrim. Ia juga mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C. Fosforus penting untuk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yang sihat. Manakala, kalsium pula penting bagi pembekuan darah serta mengawal degupan jantung. Ia juga amat penting kepada wanita yang putus haid bagi menghalang osteoporosis.
=============================================================================

6.KUBIS
Dipercayai kubis mempunyai agen antikanser lebih berbanding dengan sayur-sayuran lain. Disamping itu, ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut, selain daripada mengandungi anti bakteria bagi meningkatkan lagi sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya dimakan mentah, dimasak mahupun dijadikan sebagai ulam khas bagi kesihatan diri.
=============================================================================
p/s :
  • Harap-harap berguna pada pembaca-pembaca sekalian :"D
  • Makan sayur & buah banyak2 tau , sumber vitamin kita.
  • SUMBER ( terima kasih)

Rumah Terbuka Di Pagi Hari ?

Assalamualaikum & pape jelah .






Huarrgghh ! hari minggu yang tak membosankan daripada sebelom ni ^_^

Memandangkan bulan Syawal belum melabuhkan tirainya lagi , orang ramai masih mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka masing-masing.Selalunya rumah terbuka diadakan dalam lingkungan antara pukul 12-5 ptg macam tu , tapi pelik pulak bagi bapa saudara haky ni , dia buat padapagi hari ,rasa janggal kan ? Hari ni haky , ayah  dengan mak pergi rumah terbuka bapa saudara haky pada pukul 8.00 ! Waaaww awalnya , semenjak hidup ni tak pernah rasanya pergi rumah terbuka pagi-pagi hari ni.

Mak dan Bapa saudara haky ni dia suka buat kealinan sikit dari apa yang orang selalu buat . Sebelum ni dia buat majlis kenduri anak dia (sepupu) pada malam hari -__-'' , lepas semua orang habis selesaikan solat Is'sya , baru majlis berlangsung. Aneh kan kenduri malam hari tapi sangat best bagi orang yang suka keluar malam, hehe.Setakat ni dah 2 kali jamuan kenduri malam yang pernah haky datang .

p/s

  • Saje buat entri macam ni ,bohsan ~
  • Eh esok jamuan hari raya dekat rumah cikgu ,nak pergi ke tak ..hmmm
  • alamak lupa nak amik gambar kt sane ^^''

Friday, September 9, 2011

Musibah Mengajar Kita Erti Kehidupan .

Assalamualaikum dan salam berbicara ...



Musibah ? hmm hari ni ada tiga berita sedih yang haky dapat.

  • Pertama : Kawan lama sekolah rendah haky telah pergi buat selama-lamanya .Haky kenal dia sejak darjah satu lagi . Walaupun tak beberapa rapat sangat tapi kadang-kadang tu dia ada jugak kawan dengan haky.Sedih rasanya kehilangan seorang kawan walaupun biasa-biasa saja.Marilah kita sedekahkann Al-Fatihah kepadanya.Semoga rohnya dicucuri rahmat.
  • Kedua : Tengah hari tadi , abang haky telefon mak ngan ayah , moto yang mereka tunggang tiba-tiba eksiden sebab tayar pancit , soo moto goyang .Tangan abang haky ada terseliuh sikit. Alhamdulillah mujur tak teuk.Masuk ni dah dekat empat kali abang haky terbabit kemalangan .

  • Ketiga: Mak sedara haky , masuk wad masa pergi klinik tadi , dengar kata kena buat "operation" sebab ada sedikit masalah .Lagipun mak sedara haky tu ada kencing manis , soo mungkin bahaya.

Innalillah , setiap ujian dari ALLAH mempunyai HIKMAH -Nya tersendiri . 

Macam musibah pertama tadi ,ALLAH member kita pengajaran supaya lebih bersedia dengan amal ibadat kepada-Nya bila kita mati nanti sebab mati tak kira usia muda atau tua.Apabila sampai ajal seseorang tu , nak dicepatkan pon tak boleh apaah lagi dilambatkan . Sampai masa kita akan mati juga . Tapi cukup ke bekalan untuk dibawak ke sana ? renng-renungkan lah buat kita semua. Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman dan sempat bertaubat kepada-Nya .AMINN..

Musibah kedua pulak mengajar kia sepaya sentiasa berhati-hati dan menerima akdir-Nya dengan redho.Kita kalau nak jadi sesuatu benda kat mana-mana pon boleh berlaku . Dekat tempat yang anda rasa selamat  ? belum tentu menjamin keselamatan anda .Apabila kita ditimpa musibah tu hadapilah dengan hati yang redho.Kita sebagai umat islam wajib menyakini Qa'da & Qa'dar ALLAH s.w.t .usahalah sedaya mungkin dan jangan cepat berpututs asa. Kadang-kadang syaitan membisik "kalau macam tu tak payah la usaha apa-apa , takdir kan dah ada!" . Haky ada mebaca satu buku tajuknya "FANZURU" by Hilal Asyraff , pengalaman nya mengatakan bahawa "Kita berusaha kerana kita tidak mengetahui"

Akhir sekali musibah ketiga mendidik kita supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH yang tidak ternilai harganya untuk kita bayar kembali. Kesihatan yang ALLAH telah bagi merupakan nikmat yang tidak terperi untuk kita tapi malangnya segelintirnya tidak bersyukur dengan nikmat-Nya.Nauzubillah . Sepupu haky pernah tulis " Belajarlah bersyukur , anda akan merasa cukup."


Dari situ belajarlah erti KESABARAN yang mana meningkatkan lagi KEIMANAN kita kepada-NYA. Insyallah .
============================================================================

p/s :
  • Haky selalu amalkan ayat bismillahilazii (ayat diminta jauhkan bahaya) .percaya pada Allah &ayat tu  , Insyaallah sentiasa dilindungi- Nya.

Thursday, September 8, 2011

Oh Tidak ! Blog Ni "cute" ?

Assalamualaikum & selamat tengah hari .








Hari ni salah sorang "visitor " haky ingat blog haky perempuan ???sebab "cute" sangaatt Malunyaaa -____-'' kepada akak , tak pe saya tak marah , siap nak ucap "terima kasih bebanyak" sebab bagi komen daripada memendam perasaan di lubuk hati .Haky dah lama tunggu 'respon" daripada "visitor" tapi semua buat "derk" je .hihi.


Memang , sekarang ni jarang jumpe blog-blog lelaki , kalau haky ber "blogwalking' asyik berderet je blog perempuan . Lagi satu kalau masuk blog lelaki rasa macam "kompleks" & "smart' a.k.a bergaya habis ,yang "cute-cute" ditendang jauh-jauh . Tapi bila datang je ke "Cinta Haky Ki" (*hai promote blog ke ??hehe ..) aik blog cute tapi pemiliknya lelaki o.O . 






Haaaaaaaaaa! di sini timbullah pelbagai syak wasangka , ada kata ni la ada kata nu la. Macam-macam mulut orang ni . Kepada semua jangan sangka haky bukan-bukan tau T_T , soal selidik dulu ye ..hehe .Actually Haky suke sangat warna cerah tambah-tambah hijau .Tapi bila ada satu kaler haky cepat rasa bosan soo haky pilih warna "colourfull" --habis cerita semua sekali ada . Dari situ dah nampak sangat "ke CUTE kan' nya... walawaklawehhh...


Lepas tu ditambah dengan perisa "backgound2" yang comel-comel ... NAHAII lagi cari pasal memang nampak benorrr "jambunya". Dari sini haky nak explain , yang haky nak persembahkan kelainan dalam "mempost" entri .Selalunya kita tengok 'default" je kan , nak baca pon tak da "mood' . Jadi haky nak merangsang minda pembaca dengan terapi warna .haky ada 'try' background lain tapi nampak kelam soo kena background cerah2 jelah dan background cerah2 tu semuanya cute =_=''' nak buat macam mana , terpaksa. heehehe tu jelah . K .BYE ~~

p/s :

  • Ok! kali ni haky pilih background " cool ' cute saya tendang laju-laju ,haha
  • Pikir baik otak sihat , ntah pape ..-___- haha

Wednesday, September 7, 2011

Calon SPM , Selamat Berjaya .

Assalamualaikum & salam pertemuan .



Semalam bermulalah sudah Peperiksaan Percubaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , dan hari ni merupakan peperiksaan kertas Bahasa Melayu . Ok , kepada calon-calon SPM tahun ni tidak kiralah dimana anda berada ;'P haky doakan yang terbaik buat korang .Tengahhari tadi masa balik sekolah haky tanya sepupu haky nama dia adry :

"Mat , amacam periksa tadi ? senang ke ? "
"Boleh la , ada aku silap buat ,tertukar sikit ."
"What ! mat kenapa careless sangat ! percubaan ni penting tahu tak "(poyonya)
Dia diam tak terkata .
"habis macam mana ni ?"
"Entahla ,aku target A- jadilah ' ~~~

Hmmm tulah korang kena berhati-hati sikit masa jawab , baca doa tu paling penting .Doa tu kan senjata terkuat umat Islam. Ni haky 'copy&paste" tips2 untuk menghadapi peperiksaan :")


------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Tidur awal
  • Ini adalah tips klasik. Dulu kini dan selamanya. Masa zaman ibu saya bersekolah pun tipsnya adalah ‘tidur awal’ dan sewaktu saya bersekolah pun tipsnya masih ‘tidur awal’
  • Tidur awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.Badan kita akan mendapat rehat yang cukup untuk meneruskan fungsi dengan efisien. 
  • Jika anda kebiasaan tidur pada pukul 12:00 malam hingga 1:00 pagi,maka pada malam sebelum exam tidur awal dari kebiasaan selama dua atau tiga lebih awal. Janji atas katil dua tiga jam awal dari kebiasaan. OK?


2. Bangun awal
  • Mesti bangun awal punya. Hoho.. dah tidur awal semalam mesti bangun awal punya. Ye tak? Eh,tak juga..ada spesies yang tidur awal ke tidur lewat ke bangunnya tetap sama. Dekat-dekat tengah hari rembang tu baru nak bangun.
  • Kalau anda tergolong dalam kumpulan ini,set alarm sebanyak tiga kali tetapi jenis yang berbeza. Alarm hanset pukul 5 pagi,alarm jam loceng pukul 5.30. Alarm mak kesayangan pukul 6 pagi. Kalau tak bangun juga sah anda spesies malas bangun pagi.
  • Cuba bangun seawal mungkin pada pagi hari peperiksaan. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 raakat.Anda diggalakkan solat berjemaah . Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan.Ini tips untuk yang beragama Islam.

Tips tambahan-Baca surah Yaasin
  • Digalakkan anda membaca surah Yasin untuk setiap pagi tiap-tiap hari yang anda ambil exam selepas subuh. Tips ini saya lakukan dan alhamdullilah,ia menenangkan saya dan saya berasa mendapat pertolongan daripada Allah.
  • Surah Yaasin adalah ’surah yang memudahkan. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita.


3-Sarapan Pagi
  • Makan sarapan bersama-sama keluarga anda.Oit,kalau yang berada di asrama pula macam mana?
  • Pergi aje la bersarapan di Dewan Makan bersama rakan sebilik dan rakan yang lain. Yang penting makan! Kerana perut yang kosong akan membantutkan anda untuk memberi tumpuan ketika menjawab exam pada pagi itu.
  • Amaran keras!! Jangan la sarapan pagi tu korang pergi bantai tomyam,mee kari dan sup gear box pulak. Makan simple-simple sudah la. Dan satu lagi,elakkan makanan berminyak dan ambil sumber protein pada pagi itu yer.Sebab apa? Search sendiri di google,saya dah lupa.


4. Telefon ibu
  • Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu/bapa kita sebelum menduduki peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita.
  • Insyaallah,dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita.Telefon ibu bapa anda sebelum ambil exam.Sudah semestinya mereka berdoa untuk anda. Jika anda yatim piatu,tiada salahnya menelefon penjaga anda atau saudara terdekat.




5. Pergi ke tempat peperiksaan lebih awal
  • Pastikan diri kita tiba di tempat peperiksaan setidak-tidaknya 30 minit lebih awal dari masa peperiksaan bermula bagi mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat.
  • Jadi, sila pastikan diri kita untuk datang awal ke tempat peperiksaan untuk mengelakkan tertinggal kalkulator kad pengenalan.Kalau nak datang lambat pun boleh,tapi pastikan bawa semua barang selengkapnya.



6. Senyum dan Sapa
  • Kalau anda sampai awal di tempat peperiksaan, cubalah untuk bertegur sapa dengan calon-calon lain a.k.a kawan-kawan seperjuangan anda. 
  • Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan atau kerisauan kita pada peperiksaan bakal diduduki. Dengan menegur calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa lebih berkeyakinan.Mudah saja caranya, anda lontarkan senyuman, beri salam dan mulakan perbualan ringan seperti “dah ready ke belum”.



7. Kunyah gula-gula getah (chewing gum)
  • Ayat ini saya copy paste dari sebuah majalah:
  • “Memang menjadi amalan saya semasa menghadari mesyuarat, saya akan mengunyah chewing gum. Mengunyah chewing gum bukan saja dapat mengelakkan daripada mengantuk, malah dapat merangsang otak untuk terus berputar ligat. Mungkin tiada kajian yang membuktikan perkara ini, tapi ini adalah pengalaman sebenar saya. Saya berasa otak saya tepu kalau tak mengunyah chewing gum semasa meeting.
  • Jadi, sebelum peperiksaan, saya pasti akan membeli chewing gum dan meletakkan dalam poket. Dan sepanjang peperiksaan berjalan, mulut saya memang akan terkumat-kamit mengunyah chewing gum. Alhamdulillah, cara ini bukan saja membuatkan saya berasa segar, malah saya rasa otak saya lebih pick-up daripada biasa.”


8. Baca selawat kalau ada soalan yang sukar
  • Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, baca kembali soalan dan jawablah dengan sebaik mungkin.Insyaallah akan mencapai kejayaan .

p/s :
  • haky edit skit dari sumber asli , ambil yang penting je ,bagi senang korang baca.
  • Sumber . (time kasih)
  • Semoga berjaya semua calon-calon SPM 2011 .
  • Tahun depan Haky pulak calon SPM 2012!