Tab Menu

Kawal Tulisan Anda

Jom Jadi Geng

Monday, August 22, 2011

Kesihatan Anda --> Jangan Mengadap Komputer Lebih 5 Jam Sehari.

 Assalamualakum dan selamat berblog . 

Kesihatan Awas..!! Jangan Mengadap Komputer Lebih 5 Jam Sehari. Mengapa..? Baca....!!! 

 Tadi haky baru berblogwalking tiba-tiba ternampak satu artikel menarik dari blog Auto Dunia Blog & Permotoran *credit .Best artikel ni pasal bahana duduk depan komputer lama-lama .Sekarang ni dunia dah maju sangat sampai budak-budak sekolah menengah dah mula melakukan aktiviti sepanjang masa mereka hanya di laman sosial kan ? Ish ish kalau setakat 2-3 jam bolehla lagi tapi kekadang tu semedang lajak 2-3 jam lagi :'3 .Memandang kan haky pon "tergolong" dalam kumpulan ni (masa cuti jer erk,hehe)jom kita baca artikel ni =") SHARING IS CARING.

COPY & PASTE

Kali ini sebuah portal menyiarkan dapatan kajian yang mendakwa seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan mengadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka  mati lebih awal.
Punca utamanyanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video/komputer, ataupun ketika menonton televisyen.

Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4.500 orang respondan yang berusia 35 tahun ke atas dan hasilnya diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.

“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer/televisyen memiliki peluang 125 peratus lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer/televisyen,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.

Kajian juga mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber permasalahan.

Antara solusi yang dicadangkan bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari, “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama  dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama” kata Stamatakis

P/S :
  • Patutla sejak dua menjak nie rasa "kureng" skit. hihi . Ok kawan-kawan jom berhijrah ke arah lebih baik.Lepas ni tamo lama-lama lagi kay .

2 comments:

  1. Meniarap kan tak baik dari segi kesihatan , sebab cara yahudi tidur , soo "mungkin" lagi trok la.maafla saya bukan pakar sangat..haha just pengetahuan yg saya tahu --> SHARING IS CARING

    *teima kasih ye mengomen .huuu

    ReplyDelete