Tab Menu

Kawal Tulisan Anda

Jom Jadi Geng

Tuesday, November 16, 2010

~SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA~

amacam korban lembu korang taun nie.....hehe :'D

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Asaalamualaikum dan salam sejahtera......ape khabar?harap baik2 sahaje.....sempena menjelangnye hari raya aidiladha nie(ESOK)....saya doakan agar semua jemaah haji di rumah ALLAH mendapat haji yang mabrur dan diredhai ALLAH..alhamdulillah......mereka telah dpt melaksanakan rukun islam yang ke-5 iaitu mengerjakan haji jika upaya~......sempena hari yang mulia ini juga.....terlebih dahulu saye ingin menyusun sepuluh jari meminta seribu kemaafan yang seikhlas haty daripade semua yang mengenali diri saye ini...sememangnye setiap manusia tak akan terlepas dari melakukan kesalahan apatah diri saye yang kerdil ini......dan semoga hari esok menjadi hari yang diberkaty oleh ALLAH dengan rahmat dan nikmatNYA yang melimpah ruah.......INSYAALLAH......AMIN........

-Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

*Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada 10, 11. 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, ia diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhjjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada siang 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

*Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

*Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.



No comments:

Post a Comment