Tab Menu

Kawal Tulisan Anda

Jom Jadi Geng

Wednesday, October 19, 2011

Doakan Haky Berjaya ^_^ ''

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua !



Hmm hari ni rasa berkesempatan pulak nak update blog ....Rasa haky dah lama tak update sejak 1 bulan stengah yang lepas...hihihi ...Sekarang ni haky tengah hadapi peperiksaan , jadi kene tumpukan ujian ni lebh la.Minggu depan mesti haky melaram buat entri balik.HEHE ..

Kali ni bukan apa just nak mintak koang yang aca ni doakan kejayaan haky dunia akhirat ... AMIN!! . Soalan exam PERGGHHHH!!! boleh tahan jugak lah tapi "OK" sikitt je daripada exam sebelum ni sebab exam sebelum ni haky tak baca apa-apa pun..haha sekarang baru nak insaf  T_T .


Hmmm korang ada apa-apa tak uat masa cuti ni ? haky rasa macam nak cari kerja tapi nanti tak boleh study plak untuk pelajaran tahun depan. Sangat-sangat pening erkaitan hal ni sekarang ! HUH! Kalau korang korang buat maam mana ? kerja or study or kedua-duanya sekali .

p/s :  yaay !! first cash out haky dah kluar ^^'' uke uke uke 2

Saturday, September 10, 2011

Tips Kesihatan: Sayur Dan Buah Yang Boleh Menguatkan Tubuh


Assalamualaikum & salam berbicara ..



Kehidupan seharian kita sentiasa ada hazard yang tidak diketahui samaada secara fizikal atau mental dan juga dalaman manusia. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan namun janganlah anda berserah kepada takdir semata-mata. Kita berusaha kerana kita idak mengetahui .


Masa haky tengah "berblogwalking" tadi haky jumpa satu entri tentang kesihatan herba,jadi haky "copy&paste" jelah ,sama-sama kongsi ilmu . Eh ubat herba lagi bagus tau dari ubat klinik , asli weyyh ^^''. Berikut adalah enam jenis makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh diambil untuk mengawal tubuh daripada mudah dijangkiti penyakit.

=============================================================================

1. SELERI

Seleri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Biasanya ia digunakan dalam perubatan secara tradisional abgi menurunkan tekanan darah tinggi. Sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah, seleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam.
=============================================================================


2. JAMBU BATU
Kulit buah dan isi yang paling keras banyak mengandungi vitamin C yang penting untuk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dengan sempurna. Manakala, daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yang dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam darah, terutamanya kolesterol tidak baik jenis LDL.
=============================================================================

3. BUAH DELIMA
Kebiasaannya buah delima sedap dimakan segar mahupun dibuat minuman jus, sirap dan ada juga yang menjadikannya sebagai salad buah dan sayur serta rojak. Jusnya di minum untuk rawatan demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Delima mengandungi tanin, asid sitrik (mempunyai anti oksidan dan kesan anti tumor dalam kajian keatas haiwan), vitamin C dan asid borik yang mempunyai kesan asntiseptik.
=============================================================================

4. BETIK
Buah ini mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain(berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil). Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi.
=============================================================================

5. DURIAN BELANDA
Dimakan mentah bila masak, dibuat jus buah atau aiskrim. Ia juga mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C. Fosforus penting untuk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yang sihat. Manakala, kalsium pula penting bagi pembekuan darah serta mengawal degupan jantung. Ia juga amat penting kepada wanita yang putus haid bagi menghalang osteoporosis.
=============================================================================

6.KUBIS
Dipercayai kubis mempunyai agen antikanser lebih berbanding dengan sayur-sayuran lain. Disamping itu, ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut, selain daripada mengandungi anti bakteria bagi meningkatkan lagi sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya dimakan mentah, dimasak mahupun dijadikan sebagai ulam khas bagi kesihatan diri.
=============================================================================
p/s :
  • Harap-harap berguna pada pembaca-pembaca sekalian :"D
  • Makan sayur & buah banyak2 tau , sumber vitamin kita.
  • SUMBER ( terima kasih)