Tab Menu

Kawal Tulisan Anda

Jom Jadi Geng

Wednesday, August 31, 2011

♥ Lagu Raya yang masih Melekat di Jiwa ♥

Assalamualaikum & salam Aidilfitri semua :"D








Haa macam mana raya korang tahun ni ? ada best ? -raya dah habis bro- haha maafla haky lambat nak post entri pasal raya sebab busy dengan sedara mara yang datang ^_^ ...*eh busyleee sangatt. Hmmm raya tahun ni "kureng" best la , sebabb tak de anak sedara haky yang kiut miut tu  -___- rasa raya kali ni kosong ah .


Okay2 ,berkaitan entri kali ni ,haky nak share lagu-lagu yang takkan kita lupa sampai bila2, denga seratus kali pon tak kisah rasanya kan , hmmm ni dia :





Selamat Mendengar  ^_^

Saturday, August 27, 2011

Cup Cake Comel Sempena Raya Ini !

Assalamualaikum dan selamat hari sabtu  :')


Kali ni haky nak buat tutorial "membuat kek yang simple tapi comel! " Ha ? ingat orang laki tak pandai ke memasak hello ni calon suami misali kay..haha.Actually haky tak jangka jadi macam ni ,almaklumlah baru beberapa kali buat benda-benda cenggini ni.Sebelum ni buat kek span ,hehe .Setiap tahun bila nak raya mesti nak bat kek ,hehe .Ni kira kuih raya tahun ni la...lagipon warna cup cake ni sesuai dengan warna blog haky apeww..huu colourfull a.k.a warna warni ^_- .Mula-mulanya ingat nak buat "Kek Mahsuri" tapi lain yang jadi.Walaupun begitu , Cake cup ni pon chumel per ...heeee. Mak Haky panggil "Cup Cake Conteng-Conteng"

--> Bahan-bahan :
  • 2 cawan 1/2 Tepung gandum (250 g)
  • Tepung penaik (tambahan untuk tepung)
  • 1 cawan gula (200g)
  • 1 cawan 1/2 majerin (250)
  • 5 biji telur gred A /7 biji telur gred C
(+)Tambahan
  • Pewarna 
  • Perisa   
  • Serbuk Warna Warni 
  • Bekas Bakar Cup
  • Cup

Tak Ada Lagi Semua Barang-Barang tu ? Pergi Beli Cepattt ...
Okay Dah Ada Semua ? 


--> Cara-cara :

(PART 1 > ADUNAN)
  1. Mula-mula, masukkan gula dan majerin tadi bersama-sama (couplekan mereka) dalam sebuah bekas mesin kek .Kisarkan mereka sampai kembang dan menjadi putih.* Masukkan sikit-sikit dulu tau supaya tepung tadi tak tersembur kat muke korang. *hehe .
  2. Kemudian ,setelah kembang , barulah masukkan 5 biji telur yang sudah disekatakan secara terib *ewahh maksudnya sama mcm tadi ,sikit-sikit dulu jangan gelojoh ;')
  3. Selepas itu masukkan sedikit tepung penaikbersama tepung gandum.
  4. Gaulkan dan tapis tepung tersebut (Bagi dia haluuss & bersih)
  5. Masukkan tepung yang sudah sempurna tadi ke dalam mesin sehingga diyakini adunan tu lembut&sesuai :")







(PART 2 > CONTENG-CONTENG)
*Okey Part nilah yang tuka hasrat utama aku .haha
  1. Pisahkan adunan tadi ke beberapa bekas (ikut suka berapa warna anda mahu)
  2. sedikan pewarna dan perisa kegemaran anda , gaulkan 
  3. Masukan adunan daripada bekas2  tadi ke dalam 1 cup , contohnya 1 cup 4 warna
  4. Tabur serbuk warna warni untuk kelihatan cantek berseri



*nie abang haky saje buat ,tak jadi langsung,soo jgan la ikut cara dia ,hancus lagi ada.




(PART 3 > MEMBAKAR)
  1. Bakar dalam oven selama 15 minit pada suhu 180 darjah celcius
  2. Tada ! siap untuk hidangan .


cute tak ? haha

p/s :  
  • Amacam ? jamulah kawan-kawan masa hari raya nanti .
  • Sorry sebab gambar tak la clear sangat ,kamera buat hal .
  • Chumel kan kuih ni ,hewheh *bgge diri la plak ..haha
  • <3 Selamat Hari Raya Semua  <3

Friday, August 26, 2011

Anda Terer ? Mari Teka !

Assalamualaikum & hepi selalu




Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3



SEDIKIT KLU UNTUK KORANG :
  1. Gambar 1 -besi ,bergulung-gulung.
  2. Gambar 2 -Haiwan ,besar.
  3. Gambar 3-Haiwan, laut..
p/s :
  • Haaa! cepat jawab cepat jawab ,siapa yang terer
  • Senang je ni ,tapi ade orang tak nampak gak :'3
  • Ini bukan pertandingan,,haha

Angry Bird Rio Pc Game .

Assalamualaikum & salam pengenalan buat sesape tak tau haky ,haha

Pada beberapa bulan lepas syarikat Angry Birds telah mengeluarkan lagi satu produk mereka iaitu "Angry Bird Rio".Bagi haky best jugak lah sampai main pon teralip tak ingat dunia *masa first-first time tu*hehe. Lagi seronok bila tembak monyet-monyet tu ,masa kena tembak bukan main melalaknya lagi,haha.Okay kali ni macam tutorials sikit la sebab haky nak ajar dari download sampailah patch game nie .



Langkah Pertama :
-Download game ni di Angry Bird (version yang lama) , Angry Bird RIO (version yang baru)  --> (tempat haky download)

Langkah kedua     :
-Extract zip file anda yang sudah didownload.
-Install game ni ke dalam komputer anda .

klik untuk besar


Selepas itu ,
-Anda main sepuas-puas hati sampailah "limit dia"
-Anda kebingungan sebab tiba-tiba game tu mintak "code" untuk teruskan permainan.
-Dalam hati anda"kenapa ni ? huaaa dah tak boleh main..haha*joke


Langkah ketiga  :
-Bukak zip file / folder terletak file Angry Bird Rio tadi.
-Anda tekan "PATCH" > "patch exe" > keluar gambar macam nie .


klik untuk besar


Langkah 4     :
-Anda tekan "patch" kat gambar orang tu , pastu cari mana letaknya folder "Angry Bird Rio" yg korang extract tu (computer > local disk D > Program Files > Rovio )
-Tekan open untuk masukkan kedalam folder angry bird rio tu, (kalau tak boleh masukkan ke dalam angry bird rio.exe sebab haky kurang "sure" nak openkan kat mana*antara 2 tu je*)


klik untuk besar


Langkah 5     :
-Selepas itu dah habis semua patch korang masuk game tu balik dan bila dia mintak kod , korang pergi kat folder angrybird rio korang ambil "serial.txt" masukkan kod yang ada dalam tu ke dalam permintaan kod tadi.

klik untuk besar



--> Sekarang anda boleh "enjoy" sepuas-puasnya bermain Angry Bird Rio dengan senyuman yang sangat lebar& bermakna.


review
review
p/s :
  • Semua yang haky ajar ni atas pengalaman sendiri ,haky bukan nya terer sangat dalam ajar-ajar orang ni,,tehee
  • Kalau tak faham tanya la , haky sedia membantu.
  • Semoga korang hepi dengan game cute ni ,hehe

Thursday, August 25, 2011

Karya Photoshop Haky .

Assalamualaikum & salam sejahtera serta salam 1 Malaysia .




Wuwuwu, dulu Haky bukannya terer bab bergambar atau edit-edit ni ,"TAPI" ...... tapi lepas ada ja softwear Adobe Photoshop Cs4 ni dah makin rancak plak mengeditnya.Mula-mula memang haky blur ape bende la "menatang" ni almaklumlah masa tu masih zaman jahiliah lagi.Softwear-softwear ni mana la nak tau ,abang haky taulah,tapi tak ajar pon.Yg haky tau pasal game.Haky ingat lagi masa darjah 3 haky suka main "terribium war" ..sukee sangat sampai haky bleh carik balik game tu walaupon abang haky*dia dengki  guna pelbagai cara untuk "hide" game tu, guna special button la, recycle bin la sorok tmpat private la n macam 2lagi .Balik-balik bila dia tgok haky dapat bukak dia panas hati,haha ni masuk tajuk lain dah ni.


Okay haky mula kenal Photoshop ni tak silap masa haky tingkatan 3 , di situ lah bermula nya titik mula haky menceburi "seni gambar" ni.Mula-mula tengok abang haky yang sorang lagi*bkan yang tadi , dia bukak youtube penuh tajuk "photoshop tutorials" ...dalam hati "aik mende nih" pastu tgok dia punya cara .... WAHH ! tersentap sekejap , SERONOKNYA!! >..< ..pastu haky mintak dia ajar step by step and semua "basic" tentang photoshop ni.Terima kasih abang ,dirimu begitu berharga .


Kini , haky menjejak langkahnya *alahai poyonya* untuk terus berseni dalam photoshop ni.Hmm haky dah pandai edit jadi gmbar smart tau tau..huhu .Tergelak plak bila pikir-pikir balik haky tanggap gambar "sendiri" semata-mata nak edit dalam photoshop ni.Hmmm ni haky nak tunjuk sikit je karya photoshop yang haky pernah buat 4-5 lepas . Yang latest takde. *malas.

Tema "baby&cuty"

Tema "rama-rama"

tema "frame"


tema "gradient"

tema "urban"

tema "skecth rain" *paling haky suka


p/s : 
  • Semua karya ataupon kad ni haky buat gune brush photoshop yg boleh didownload free.
  • Ada yang haki ambil dari goggle jugak :"3  *tema rama-rama*
  • Tema tu haky bedal je tu yang merepek tu ..heeee 
  • Bagi la komen korang sikit , haky tau hasil ni bukan cantik sangat pon.

Wednesday, August 24, 2011

Optical illusion --> Permainan Mata

Assalamualaikum & selamat petang pukul 2.30 .


memperkenalkan

Entri kali ni berkaitan permainan mata.Sapa-sapa yang terer bab memandang ni ataupun "tajam mata" tak pon lebih kurang "mata buaya" .Jom kita "challenge" sapa boleh baca ataupon tengok lama-lama . Haky tengok benda yang gerak-gerak tu jadi pening bila tengok lama-lama.Mata Haky dah jadi macam "cartoon" kena ketuk kepala. TOING TOING TOING ....

Mari kita mulakan !

------------------------------------------------------------------------------------------------------


BENDA BERGERAK.



------------------------------------------------------------------------------------------------------

GIF / NOT GIFT
*haha


*iklan OXY (jerawat hilang ;'D

------------------------------------------------------------------------------------------------------

MEMENINGKAN !

Are they walking up the stairs, or down?

How many legs does this elephant have? 

*nahaiii -__-''



And Lastly............

-HAHA-

Macam mana ? ada syok ? ada "fight" ? haha .. pening doh tengok banyak-banyak. SO KEPUTUSAN result korang samada ni tak pon ni *rujuk gambar .


*haha melawak jew..

------------------------------------------------------------------------------------------------------ p/s : 
  • SUMBER
  • wuwuwuwu mata berjuling-juling @_@
  • eh Background ni ade ganggu fokus korang tak ? tu pon optical illusion..haha

Tuesday, August 23, 2011

Share Lagu

Assalamualaikum dan selamat hari ke 23 berpuasa :"D

D'MASIV -JANGAN MENYERAH

Korang tahu lagu ni ? haky rasa haky tahu sapa yang tahu lagu nie. ape dia? haa apa dia ? HAAAA btollah tu .Ala citer sinetron indon setiap hari isnin hingga khamis tu.Ape name cite tu ? ape ? ape ? Halamak weh CINTA DAN ANUGERAH la weyy. huuu, tu tak bermaksud haky tengok citer ni kay , mak haky yang layan..kah kah kah.Mula-mula seronok gak tengok makin lama makin mengarut je -__-'' .Ni la lagu yang dimainkan dalam citer tu.Video klip lagu ni best! sebab rentak dia sloww ..mendayu dayu beb pastu bila dengar 2-3 kali tros terikut..pastu visual citer dia yang agak menyanyat hati tapi ending dia bahagia..wuwuwu  terharu la gak.Tema yang haky dapat ialah tentang JANGAN BERPUTUS ASA DENGAN HIDUP KITA .Kumpulan D'MASIV pon haky baru je tahu .Kumpulan baru eh ? entahlah -tak amik tahu- haha.. kay korang layan lah lagu ni seikhlas hati sebab video lagu ni diambil dari sebuah kisah benar.soooo layanzz .

Tumblr .

Assalamualaikum & Happy Go Lucky..

haha ni trok sangatt nih .

Kali ni haky nak bercerita sikit pasal Tumblr memandangkan haky baru seminggu bina Tumblr sendiri ,hehehe . Haky tahu ramai pembaca-pembaca sini dah lama ada Tumblr kan ?almaklumlah haky bukannye tahu sangat laman sosial selain facebook..kukui :"> .Dulu hari-hari asyik bukak facebook,blog ,facebook,blog ..tuuu je semedang.Sekarang ni baru bererti sikit blogwalking la ,twitter la,tumblr la, tgok movie-movie la ,download la ewahh mengalahkan koperat lak ye.*dah2 merepek je =_=

TUMBLR ?
-Pada 2007,sorang pengusaha internet muda bernama David Karp nilah yang mencipta Tumblr pada ketika umurnya  19 tahun..wowowow hebatnye dia mesti celik IT tahap baeekk punya.Untuk lebih maklumat lanjut check di pakcik wikipedia kita  SUMBER . heee :"D

Hmmm best ke Tumblr ? 
-bagi haky dia agak best jugak pasal dia ni macam seolah-olah diari yang di "share" tau,maksudnya dalam segan-segan korang nak post tu korang nak jugak post korang dibaca.Malu Tapi Mahu..hewwheww.Kawan haky pulak cakap Tumblr ni macam bagi inspirasi kat dia contoh macam post gambar , quotes macam tu lah.Sekarang ni haky asyik tgok kawan-kawan haky re-blog,re-blog,re-blog.untuk apa eh ? Sapa-sapa yang tahu tu bagitau la ye, ke semua tu untuk suka-suka ?


p/s : sapa-sapa yang ada tumblr tu link kanlah dekat haky ,biar haky follow.Banyakbende haky tak tahu lagi pasal Tumblr.Facebook haky dah katam dah..haha


Monday, August 22, 2011

Kesihatan Anda --> Jangan Mengadap Komputer Lebih 5 Jam Sehari.

 Assalamualakum dan selamat berblog . 

Kesihatan Awas..!! Jangan Mengadap Komputer Lebih 5 Jam Sehari. Mengapa..? Baca....!!! 

 Tadi haky baru berblogwalking tiba-tiba ternampak satu artikel menarik dari blog Auto Dunia Blog & Permotoran *credit .Best artikel ni pasal bahana duduk depan komputer lama-lama .Sekarang ni dunia dah maju sangat sampai budak-budak sekolah menengah dah mula melakukan aktiviti sepanjang masa mereka hanya di laman sosial kan ? Ish ish kalau setakat 2-3 jam bolehla lagi tapi kekadang tu semedang lajak 2-3 jam lagi :'3 .Memandang kan haky pon "tergolong" dalam kumpulan ni (masa cuti jer erk,hehe)jom kita baca artikel ni =") SHARING IS CARING.

COPY & PASTE

Kali ini sebuah portal menyiarkan dapatan kajian yang mendakwa seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan mengadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka  mati lebih awal.
Punca utamanyanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video/komputer, ataupun ketika menonton televisyen.

Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4.500 orang respondan yang berusia 35 tahun ke atas dan hasilnya diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.

“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer/televisyen memiliki peluang 125 peratus lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer/televisyen,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.

Kajian juga mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber permasalahan.

Antara solusi yang dicadangkan bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari, “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama  dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama” kata Stamatakis

P/S :
  • Patutla sejak dua menjak nie rasa "kureng" skit. hihi . Ok kawan-kawan jom berhijrah ke arah lebih baik.Lepas ni tamo lama-lama lagi kay .

Sunday, August 21, 2011

Selamat Kembali !

Assalamualaikum dan selamat bersua kembali .








Ingat Haky lagi ke ? haa tak ingat ? hmm haky tak heran pon , memang patotla korang lupekan haky , Ingat-ingat dah dua bulan haky tinggalkan blog ni .hihihi almaklumlah 'busy" hehe.Sebenarnya haky malasss sangat sampai tahap 10 nak update blog ni. Tak de mase pon satu hal so pikir-pikir biarlah , lagipon pelajaran lebih penting dari blogging-blogging ni. huuu Haa nampak sesuatu yang baru tak pasal Memory semalam ? hmm haky baru jer tuka templeate yang lebih simple dan tak serabut.Templeate dulu memeningkan kepale je , tu tak der mood nak update .Haky ade try nak tuka template khas tapi bende bar atas tu plak hilang , susah plak bile nak update ,nak tekan apa ? pening punya pening tinggalkan tros . korang sape-sape yang tahu ajarla haky ye.Sharing Is Caring. kay blah dulu ^_^