Tab Menu

Kawal Tulisan Anda

Jom Jadi Geng

Tuesday, June 7, 2011

Kenapa Masa Kecil Nak Solat , Dah Besar Liat ?

Assalamualaikum & salam ukuhwah fillah

*mintak maaf kalau ade yang terguris hati :") haki hanya sekadar berkongsi pengalaman , ustaz ? sangat-sangat jauh tahapnya lagi =')


Ingat lagi masa kecik-kecik dulu masa haki 6 tahun , pernah sekali tu mak haki tak bangunkan haki nak solat Subuh , pastu haki menangis sebab waktu solat dah habis :"P .Bila haki dah besar haki rasa lawak pulak dengan situasi tu , bila mak haki cerita balik peristiwa tu , haki malu dengan diri sendiri.Haki mengaku dulu mase di tahap darjah,, susah sangat nak mengerjakan solat awal-awal waktu tapi Alhamdulillah bila masuk tingkatan satu dah ada kemajuan kerjakan solat di awal waktu , walaupun sesekali tu ade la jugak lambat tambah-tambah time tidur .. hehe malunye .. *Manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan =") .

Masa haki jadi babysitter time cuti ni , haki seronok sangat tengok gelagat anak sedara haki yang umurnya baru 4 tahun , bila bunyi je azan maghrib *waktu lain kekadang jew..haha  ,....dia cepat-cepat pergi bilik air ,ambil air semayang  sebab nak ikut ayah haki solat sekali .Dia pon ikut sekali gerak-geri ayah haki .


Kadang-kadang terfikir jugak budak seusia ni pun dah "exited" nak solat .Tapi bila dah besar makin liat atau tinggal langsung solat (*yang kita pernah lihat). kenapa ? nak salahkan siapa ? ibu bapa ? cikgu-cikgu ? masyarakat ?  Diri sendiri ? ..Haki tak cakap sesape ye , semuanya memainkan peranan :")  ibubapa  dipertanggungjawabkan mengajar anaknya seawal 7 tahun dan pukullah mereka jika meninggalkanya ketika sepuluh tahun . Sabda Rasullulah:





عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.

Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda  Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

guru-guru pon same , masyarakat berperanan untuk menghidupkan persekitaran yang baik dengan nilai-nilai hidup islam :") .Diri sendiri pula mestillah kuat iman dan melawan nafsu serta mengamalkan perkara-perkara kebaikan.Akhir sekali , semoga kita mendapat keredhaan-NYA dan bermohon supaya tidak memesongkan hati-hati kita semua.
AMINNNNN.....

*sekadar renungan bersama espeacially untuk diri sendiri yang sering terlupa~

p/s :

  •  hari ni tetibe nak buat entri ni . -tergerak hati 0_0-
  • budak-budak yang haki jaga dah balik dah,sedihnya Y_Y
  • kalau ade yang tak kena bagitau haki tau , jgan pendam jee,kita tambah ilmu lagi :D
  • Alhamdulillah kerana dikurniakan seorang ibu yang sering mengingati diri ini dan seorang abang yang sentiasa mentazkirah adiknya (*mesti bangge abg aku..haha wekkk )

6 comments:

  1. mesti sunyi an bdk2 tuu dah tade ..:(
    tak pe !dalila ada ..huahuahua !!!

    ReplyDelete
  2. ha'ah..sunyi sangattt.... T_T ..haha ! lawak la dalila nih.

    ReplyDelete
  3. HAHAHAHAHAHAHAHAHA !betul apa ... heee =D

    ReplyDelete
  4. @Ini Kisah Tia Kalau dah baloq liat sangat rotan jer .. tak pon flying kick .. kikikiki :"p

    ReplyDelete