Tab Menu

Kawal Tulisan Anda

Jom Jadi Geng

Saturday, June 11, 2011

Nak Belajar Bahasa Kedah ? Meh Sini .

Assalamualaikum & apa khabaq
(*entri kali ni full version bahasa kedah noo :"P )
Haaa... hangpa nak blajaq cakap kedah ka ? ha elok sanggat la kat sini ada bekaih orang kedah .Chek ingat-ingat lupa ja cakap kedah ni almaklumlah teman dah orang perak (*alamak terloghat perak la :'P) ishh hang ni haki,loglaq la..haha..Setakat basa-biasa  ja haki leh habaq la kat hangpa , lagu(macam) kanak -kanak riang yang dok baca ABC uh,, tu ja haki leh ajaq.Cakap Kedah ni best la jugak sebab bahasa dia kasaq , power habeih tahap 10 dari loghat lain aihh , lagi satu , tak la skema sangat .Kalau hangpa semua dengaq mesti hangpa terluka gituh..tak pa,,,sabaq sabaq chek noo..haha..Tapi sejak chek jadi orang Perak rasa lain betoi dengaq bahasa kedah , tak macam chek dok kedah dulu uh dengaq cakap perak nuh ,biasa ja rasa. Beza dia ketara sungguh !...haaa la ni hangpa dok pikiaq pabenda haaa aku ajaq hangpa ,, hangpa penin aku pon penin ! Senang ceqhita mai sini aku bagi la sreba sikit cakap Kedah yang kadang-kadang orang dok tanya pabenda la menatang nih ,,hik3 ..


chek                      --> saya (kata ganti diri pertama) | cth : chek orang kedah :")                     

lagu (bkan nyani) --> macam  | cth : kenapa lagu(macam) ni ?                                                

loqlaq                   --> tak senonoh (masih di tahap biasa) | cth : adoii                 loglaq(trok) la hang ni  

awat                      --> kenapa | cth : awat hang dok lagu tu ? 

kalut                      --> sebok/kelam kabut | cth : hang jangan dok kalut sangat.                   

sat lagi                  --> sebentar  | cth : sat lagi la..hang paham bahasa tak ?

beskat                    --> basikal (dulu panggil gerek,dah upgrade) | cth :jom nek beskat :D !

taboh                     --> pukul | cth : hang jangan nak buat kemaih sangat , aku taboh sat gi

baloq                      -->  pemalas || cth : balog liat sangat aih hang ni.

ligan                       -->  kejar | cth : haaa! ligan dia! jngan sampai terlepaih tau !
p/s :

  • ni jela yang haki tau pon . hak alah... :"P
  • jom jadi orang kedah jom ^_^
  • rindu kengkawan yang dok kedah ..huuuuuuuu
  • mai chek mai chek mai , dtang ke neger kedah (lagu )


SAYA SUKA BAHASA KEDAH , ANDA ?

Wednesday, June 8, 2011

Share Lagu... lagu hot haki

Assalamualaikum & selamat menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah T_T


 Title :Mouse Love Rice

Pernah dengar lagu ni ? ni bukan lagu baru pon .. Tak silap dah dinyanyikan lebih 4 tahun lepas dah pon.Jadi yang mane tak tahu tu dengar la sekejap , mane tau tertarik macam mana haki tertarik dengan lagu ni. Genre lagu yang haki suka berbentuk "slow" n "pop" *memandai je aku bubuh name genre ye..haha ah lantaklah aku yang reka bukan korang k ..heheh. Jadi lagu ni sanggatttt sesuailah dengan jiwa haki ni , buat pertama kalinya haki dengar lagu ni teus terpikat hati nih..kiki :"P  sebab lagu dia romantikkk sangatt... tambah-tambah suara orang yang menyanyi tu ..lunak la jugak.Sebenarnya lagu ni dinyanyikan ramai orang , jadi tak heran la kalu lagu ni femesss sangat ,version jepun ada , english ada .Haki tak tahu pulak sape penyanyi asal dia , sape eh ? eheh.Lirik lagu dia pon sangatt memukau tambah-tambah mase lirik ni :

"I want let you know ,,, Let you know..."
"I LOVE you ,,,Loving you,,
As the mouse love the rice "
(skip)
"I Miss you,,Mising you,,
I don't care ......(ntah lupe..haha) "

saje nak ubah :"P


-ENJOY THE SONG-

Tuesday, June 7, 2011

Kenapa Masa Kecil Nak Solat , Dah Besar Liat ?

Assalamualaikum & salam ukuhwah fillah

*mintak maaf kalau ade yang terguris hati :") haki hanya sekadar berkongsi pengalaman , ustaz ? sangat-sangat jauh tahapnya lagi =')


Ingat lagi masa kecik-kecik dulu masa haki 6 tahun , pernah sekali tu mak haki tak bangunkan haki nak solat Subuh , pastu haki menangis sebab waktu solat dah habis :"P .Bila haki dah besar haki rasa lawak pulak dengan situasi tu , bila mak haki cerita balik peristiwa tu , haki malu dengan diri sendiri.Haki mengaku dulu mase di tahap darjah,, susah sangat nak mengerjakan solat awal-awal waktu tapi Alhamdulillah bila masuk tingkatan satu dah ada kemajuan kerjakan solat di awal waktu , walaupun sesekali tu ade la jugak lambat tambah-tambah time tidur .. hehe malunye .. *Manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan =") .

Masa haki jadi babysitter time cuti ni , haki seronok sangat tengok gelagat anak sedara haki yang umurnya baru 4 tahun , bila bunyi je azan maghrib *waktu lain kekadang jew..haha  ,....dia cepat-cepat pergi bilik air ,ambil air semayang  sebab nak ikut ayah haki solat sekali .Dia pon ikut sekali gerak-geri ayah haki .


Kadang-kadang terfikir jugak budak seusia ni pun dah "exited" nak solat .Tapi bila dah besar makin liat atau tinggal langsung solat (*yang kita pernah lihat). kenapa ? nak salahkan siapa ? ibu bapa ? cikgu-cikgu ? masyarakat ?  Diri sendiri ? ..Haki tak cakap sesape ye , semuanya memainkan peranan :")  ibubapa  dipertanggungjawabkan mengajar anaknya seawal 7 tahun dan pukullah mereka jika meninggalkanya ketika sepuluh tahun . Sabda Rasullulah:





عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.

Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda  Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

guru-guru pon same , masyarakat berperanan untuk menghidupkan persekitaran yang baik dengan nilai-nilai hidup islam :") .Diri sendiri pula mestillah kuat iman dan melawan nafsu serta mengamalkan perkara-perkara kebaikan.Akhir sekali , semoga kita mendapat keredhaan-NYA dan bermohon supaya tidak memesongkan hati-hati kita semua.
AMINNNNN.....

*sekadar renungan bersama espeacially untuk diri sendiri yang sering terlupa~

p/s :

  •  hari ni tetibe nak buat entri ni . -tergerak hati 0_0-
  • budak-budak yang haki jaga dah balik dah,sedihnya Y_Y
  • kalau ade yang tak kena bagitau haki tau , jgan pendam jee,kita tambah ilmu lagi :D
  • Alhamdulillah kerana dikurniakan seorang ibu yang sering mengingati diri ini dan seorang abang yang sentiasa mentazkirah adiknya (*mesti bangge abg aku..haha wekkk )

Saturday, June 4, 2011

Origami - Hasil seni tangan

Assalamualaikum & Salam bahagia :D 
   
ORIGAMI  
 Korang tahu menahu ke pasal "origami" ni ? Ape "origami" tuh ? gam ori ke ? haaa..yang mana tak tahu tu sebernarnya "Origami" *ayat aku - merupakan hasil seni daripada kertas  untuk membentuk rekaan sesuatu menggunakan anugerah teragung , iaitu tangan :') . Pernah buat ? Terus terang Haki pon tak reti na buat tapi minat sangat dengan "origami".Orang Jepun memang pakar dalam buat origami nih ,,Abang Haki pon reti buat yang "burung dinasor" ala yang default origami tu ..yang orang selalu buat tu ..heheh .Haaa ! hari ni Haki nak "show" kat korang serba sedikit "origami" yang menarik . juzt layan kay -- > ZAAZZS

 ni apa murid-murid ? ini burung . haha . isshh kalau tgok origami ni susah gak eh ,  tambah2 nak bentuk "pale" di uh ..

yang ni ape pulak ? haa pandai ! ni "AUMMM!!! * -__- ni lagi susah..

 yang ni chomel ^_^ ..badan die agak senang tapi "pale" die ah berbelit-belit sikit nak buat .


waw ! zirafah ... omelnyer ..corak badan die tak berapa kemas , tapi terbaik !
 Ha!! ni la origami yang abang Haki boleh buat , die je lah Haki tak  -___-'''

*errr ,, yang ni pon bolehh... haha terbaik ah senang skit nak "melepas" .. pakai buang punyer..haha

p/s : 
  •  entri kali ni santai-santai jew ,tak der tajuk best :") tak pe kan readers ?
  • korang yang pandai buat origami tu ajar lah Haki ni ..hehe
  • Kalau sape yang pro origami tu tak payah beli mainan , buat sendiri bagi anak main , duit pon masyuk:") *merepek.
  • Tak puas tgok lagi ? ha ni origami tisu tandas plak dari  sourblock ..




Wednesday, June 1, 2011

Puisi..... (Special Edition)

Jun Menjengah Lagi !


 Jun , kau datang lagi ,
Setelah setahun kau pergi....
Aku sering menghitung hari ,
Mengharap kau kembali ...
Mengenang kisah memori ...

Dengan izin yang Maha Kuasa ,,
Mempertemukan kita semula ..
Membina hari-hari bersama..
Gembira disulam bahagia :")

Walaupun harimu sedetik saja ,,
Punya 30 hari isinya ,,
Aku akan manfaatkan bulanku ini ,,
Dengan sebaiknya :")

Jun , kau menjengah lagi ,
tiba saatnya kau hilang ,
Aku kan sentiasa menantimu ..
Setiap detik , setiap waktu ,
Mengharap kau kembali ..

p/s : puisi ni sedikit poyo kan ? kekeke :"P  --> biarlah